Home Trending Norman Hakim Meminta Maaf Kepada Abby Abadi – ‘Saya Bertanggungjawab Jika Ada Kesilapan Saya’

Norman Hakim Meminta Maaf Kepada Abby Abadi – ‘Saya Bertanggungjawab Jika Ada Kesilapan Saya’

0
Norman Hakim Meminta Maaf Kepada Abby Abadi – ‘Saya Bertanggungjawab Jika Ada Kesilapan Saya’

[ad_1]



norman

Pelakon Norman Hakim menyatakan bahawa dia akan bertanggungjawab berhubung isu perkahwinan anak perempuannya iaitu Marissa Dania yang didakwa telah bernikah di Thailand.

Norman mengalah

norman

Tinjauan di ruangan komen pada salah satu hantaran Instagram (IG) Abby Abadi mendapati, Norman telah memohon maaf kepada bekas isterinya itu di atas kesalahan yang pernah dilakukannya.

Justeru itu, Norman atau nama penuhnya Mohamed Nurhakim Zaidon berjanji akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut selain tidak mahu lagi memanjang isu berkenaan.

Oklah, ampun maaf untuk yang kesekian kali, untuk segala kelemahan, salah dan silap. Saya ambil tanggungjawab ini andai ini semua khilaf saya.

Seperti yang saya katakan insyaAllah saya usaha yang termampu. Jarang saya nak komen secara terbuka tetapi kami tak ada akses untuk menghubungi awak.

Dania kirim salam sayang untuk awak. Doakan yang baik-baik.

Norman sebelum ini meminta Abby untuk tidak lagi berkongsi tentang isu berkenaan di media sosial dan menafikan dia bersikap lepas tangan.

Terdahulu, Abby mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.

Bagaimanapun, dia menggesa puterinya itu untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.

Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.

Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

The following two tabs change content below.

[ad_2]