[ad_1]
Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa bengang apabila pembantu rumahnya warganegara Indonesia bertindak melarikan diri selepas empat bulan berkerja.
Kurang ajar!
Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Mohd Zainuddin, berkata, wanita yang dikenali sebagai Rahayu itu turut mencuri barang emas miliknya dan menghilangkan diri selepas mendapat gaji.
Dia curi diam-diam kita pun tak sedar, tahu-tahu dah hilang. Kita pun menggelabah cari barang-barang saya. Sudah dua kali agensi ini tipu saya. Ini kali kedua kerja tak sampai empat bulan, dapat gaji terus cabut.
Berbicara lebih lanjut, Zarina mendakwa pembantu rumahnya itu melarikan diri kerana mengikut teman lelaki dan mahu hidup bebas.
Difahamkan juga, wanita itu nekad melarikan diri tanpa membawa pasport antarabangsa miliknya.
Mereka ini tak hairan pasport mereka sebab yang penting telefon bimbit ada dekat tangan. Kebanyakannya janda. Dah ada anak tapi bila kerja dapat kenal lelaki. Diam-diam ambil nombor telefon.
Tambah Zarina, dia akan membuat laporan polis kerana mengalami kerugian RM10,000 berikutan menyiapkan permit buat pembantu rumahnya itu.
Kurang ajar betul! Mula-mula merayu-rayu nak kerja lepas tu dah kerja cabut, siap curi barang kemas saya. Saya nak buat laporan polis tentang agensi ni. Memang nak kena! Kita dalam proses siapkan permit dia, duit dah habis dekat RM10,000 terus lari.
[ad_2]