Home Trending myWaqafPTPTN: Membantu Mahasiswa Golongan B40, M40 & Asnaf mendapat Pendidikan

myWaqafPTPTN: Membantu Mahasiswa Golongan B40, M40 & Asnaf mendapat Pendidikan

0
myWaqafPTPTN: Membantu Mahasiswa Golongan B40, M40 & Asnaf mendapat Pendidikan

[ad_1]



myWaqafPTPTN

Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain” 

(HR Ibn Hibban).

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini melebarkan peranannya untuk menubuhkan dana wakaf pendidikan tinggi bagi memperluas sumber pembiayaan pendidikan tinggi selain pinjaman pendidikan sedia ada.

Dikenali sebagai myWaqafPTPTN, inisiatif ini merupakan produk wakaf pendidikan tinggi hasil kerjasama strategik antara PTPTN dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).

Jom baca dengan lebih lanjut untuk mengetahui apa itu myWaqafPTPTN, dan macam mana orang ramai serta organisasi boleh menyumbang!

Pihak Yayasan Wakaf Malaysia bertanggungjawab untuk mengendalikan kesemua dana dan akan dilaburkan dalam pelaburan patuh syariah

Bukan sahaja akan diuruskan oleh pihak YWM, tetapi kesemua terimaan dana wakaf tersebut akan dilaburkan dalam pelaburan patuh syariah.

Tidak terhad kepada individual sahaja, syarikat-syarikat korporat dan mana-mana organisasi jugak boleh menyumbang untuk membantu mahasiswa dalam bentuk biasiswa pendidikan tinggi.

Ini akan bantu mengurangkan bebanan bayaran balik pinjaman atau keberhutangan oleh mahasiswa.

Setiap sumbangan kepada myWaqafPTPTN layak mendapat potongan cukai sebanyak 10%!

myWaqafPTPTN

Sumber wakaf bagi pelaksanaan myWaqafPTPTN ini akan menggunakan konsep wakaf tunai (‘ain waqaf) mengikut kaedah dan saluran Skim Wakaf Tunai Malaysia (SWTM) sedia ada di YWM.

Penerima manfaat myWaqafPTPTN adalah mahasiswa daripada golongan B40, M40 dan asnaf, tidak terhad kepada yang beragama Islam sahaja. Mahasiswa ini layak membuat permohonan dan melalui proses saringan yang ditetapkan.

Paling best, setiap sumbangan kepada myWaqafPTPTN layak mendapat potongan cukai 10% daripada pendapatan agregat di bawah Subseksyen 44 (11C) Akta Cukai Pendapatan 1967!

Sumbangan boleh dilakukan seperti berikut:

  • Secara tunai di laman web rasmi YWM ( dengan memilih myWaqafPTPTN dalam senarai ‘Wakaf Khas / Projek.
  • Melalui pindahan wang ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia-PTPTN di RHB Islamic Bank melalui nombor akaun 2-12457-6006259-1.
  • Atau imbas kod QR di gambar di atas
  • Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini. Klik di SINI.

The following two tabs change content below.

[ad_2]