[ad_1]
Puteri Wales, Kate Middleton, yang ‘hilang’ sejak menjalani pembedahan pada Januari lalu akhirnya tampil berkongsi mengenai tahap kesihatannya pada waktu ini.
Hidap kanser
Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Kate memberitahu dia disahkan menghidap kanser tahap awal selepas menjalani pembedahan perut pada 16 Januari yang lalu.
Menurut Kate, dia perlu menjalani kemoterapi bagi mencegah penyakit itu.
Ia merupakan kejutan yang sangat besar buat saya, suami dan keluarga. Kami akan berusaha melakukan segala-galanya. Saya perlu sihat dan kuat setiap hari. Saya perlu memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh. Fikiran, badan saya perlu bersemangat.
Mempunyai William di sisi saya juga merupakan sumber keselesaan dan jaminan yang hebat. Begitu juga kasih sayang, sokongan dan kebaikan yang telah ditunjukkan oleh masyarakat di seluruh dunia. Ia sangat bermakna bagi kami berdua.
Ujar Kate lagi, dia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menghantar kiriman mesej berbentuk sokongan terhadap dirinya.
Beberapa bulan yang sangat sukar untuk kami seluruh keluarga, tetapi saya mempunyai pasukan perubatan yang hebat. Mereka telah menjaga saya dengan baik. Saya amat bersyukur.
Terdahulu, ibu kepada tiga anak itu dilaporkan tidak muncul di khalayak ramai selama lebih sebulan dan gambar terbaru yang dikeluarkan oleh Istana Kensington untuk menepis khabar angin mengenai kesihatannya didapati sudah disunting.
Berikutan itu, timbul banyak spekulasi mengenai tahap kesihatannya dan juga teori konspirasi mengenai hubungan pasangan itu.
Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan keluarga diraja mengenai keberadaan Kate Middleton.
Video
View this post on Instagram
[ad_2]