Home Berita Pahang menentang tuntutan Mokhtar: Tidak perlu mengubah nama M’sia menjadi Tanah Melayu.

Pahang menentang tuntutan Mokhtar: Tidak perlu mengubah nama M’sia menjadi Tanah Melayu.

0
Pahang menentang tuntutan Mokhtar: Tidak perlu mengubah nama M’sia menjadi Tanah Melayu.

[ad_1]

Tindakan seorang pemimpin PAS mencadangkan nama Malaysia ditukar kepada Tanah Melayu disifatkan sebagai kurang cermat dan tidak memahami sejarah.

Setiausaha DAP Pahang Lee Chin Chen berkata ia akan menimbulkan rasa terasing dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.

Lee turut mengingatkan bahawa pembentukan Malaysia berdasarkan persefahaman dibina antara pelbagai kaum dan agama.

“Negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk antaranya Cina, Melayu dan India. Adalah penting untuk menghormati dan mengakui kepelbagaian etnik, budaya, dan identiti yang membentuk Malaysia.

Lee Chin Chen

Lee yang juga Adun Bilut dan timbalan speaker Dun Pahang berkata kemerdekaan negara dicapai menerusi kerjasama dan perpaduan kaum.

“Harus juga diingatkan bahawa negara kita mencapai kemerdekaan melalui perpaduan antara tiga kaum terbesar ini (Melayu, Cina dan India).

“Maka perpaduan ini haruslah sentiasa dipertahankan dan bukannya dengan menukarkan nama negara semata-mata untuk menunjukkan negara ini hak orang Melayu,” katanya lagi.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Mokhtar Senik membangkitkan perkara itu dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam hantaran itu, Mokhtar berkata “nama Malaysia ini elok ditukar balik kepada nama Tanah Melayu dengan tidak menafikan bangsa-bangsa lain”.

“Status (hantaran) itu untuk mengingatkan kita semua balik kepada dasar Perlembagaan yang dimaktubkan sebelum ini.. ia berkenaan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Islam yang dianuti majoriti orang Melayu sebagai agama Persekutuan,” katanya.

“Persoalan nama itu tidak penting, tetapi yang pentingnya adalah untuk mengingatkan orang Melayu dan bangsa lain yang ada di negara ini bahawa Tanah Melayu ini adalah tanah orang Melayu, maka hak istimewa tadi jangan cuba digugat, jangan cuba dicabut,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Pahang Mohd Fadzli Mohd Ramly mempersoalkan niat sebenar Mokhtar ketika membangkitkan cadangan itu.

Mohd Fadzli Mohd Ramly

“Apa yang cuba dimainkan (melalui) sentimen Tanah Melayu ini? Pecahkan Malaysia, atau pecahkan negara ini mengikut bangsa?

“Kedudukan Melayu dan orang Melayu sangat kukuh di dalam Perlembagaan Malaysia. Ia tidak pernah tergugat.

“Semenanjung Malaysia pernah dikenali sebagai Tanah Melayu, mula disatukan di bawah Komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

“Kemudiannya pada tahun 1963, Tanah Melayu bersama Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia.

“Jadi, sepatutnya isu Tanah Melayu ini tidak perlu dimainkan kerana erti Malaysia adalah gabungan kukuh antara wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

[ad_2]