Home Berita Kedai saya telah ditutup 2 tahun lalu, bukan tindakan sabotaj terhadap KK Mart.

Kedai saya telah ditutup 2 tahun lalu, bukan tindakan sabotaj terhadap KK Mart.

0
Kedai saya telah ditutup 2 tahun lalu, bukan tindakan sabotaj terhadap KK Mart.

[ad_1]

Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menjelaskan dia tiada motif peribadi dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Mart yang masih hangat diperkatakan.

Wong berkata demikian susulan gambarnya di depan kedai serbaneka miliknya, MyKampung Freshmart kembali disebarkan di media sosial.

Dia berkata tujuannya membuat hantaran berkenaan isu stoking itu bukan untuk mensabotaj KK Mart mahupun atas dasar persaingan prniagaan, memandangkan MyKampung Freshmart sudah dihentikan operasi pada dua tahun lalu.

“Saya ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana saya tidak memaklumkan bahawa Mykampung Freshmart telah pun berhenti operasi lebih kurang dua tahun yang lepas.

“Perkongsian oleh ramai pengguna di media sosial mereka mencuba seolah-olah membina satu persepsi kononnya isu kalimah Allah di stoking yang dijumpai di KK Mart itu ada unsur sabotaj oleh saya di atas dasar dan sebab persaingan perniagaan,” katanya dalam hantaran di TikTok.

Di tengah kontroversi yang belum reda, gambar Wong di depan MyKampung Freshmart kembali disebarkan, dengan sejumlah pihak mendakwa presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) itu ada kepentingan sendiri ketika membangkitkan isu stoking tersebut.

Semalam, polis berkata pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dan sedang menunggu arahan seterusnya.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain, polis mencadangkan kedua-dua KK Mart dan syarikat pembekal, Xin Jiang Chang Sdn Bhd dihadapkan dengan pertuduhan jenayah.

Sementara itu, Wong turut menjelaskan dia tidak pernah menyeru orang ramai untuk memboikot KK Mart, sebaliknya hanya meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan sewajarnya.

“Saya ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas isu kalimah Allah di stoking yang dijumpai di KK Mart.

“Kerana di dalam posting saya…saya tidak pernah menyentuh dan tidak pernah menulis bahawa saya adalah orang pertama yang menjumpai stoking itu.

“Malahan di posting yang sama itu juga tidak ada saya menulis agar kita memboikot KK Mart,” katanya lagi.

[ad_2]