[ad_1]
Pelakon Izara Aishah tampil bersuara mengenai tuduhan dia pergi ke kelab malam meskipun imejnya sudah berhijab.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Izara Aishah Beri Tips Dalam Kekal Istiqamah – ‘Bila Pakai Tudung Pahala Dia Tu…’
Artikel berkaitan: ‘Semoga Kamu Reput Di Neraka!’ – Izara Aishah
Dituduh ke kelab malam
Menerusi hantaran di X, Izara memuat naik beberapa ‘screenshot’ individu yang meninggalkan komen di sebuah posting yang memberi pujian terhadap penghijrahannya.
Malah, individu tersebut turut menjawab pertanyaan netizen tentang dakwaan dirinya ke kelab malam tersebut selepas berhijrah.
Tapi… Izara… Kyo…
Cerita tahun lepas lah tapi.
Menurut Izara, komen tersebut boleh mendatangkan fitnah yang boleh merosakkan reputasinya.
Saya perlu jelaskan perkara ini kerana fitnah ini mungkin boleh merosakkan reputasi saya.
Permohonan maaf secara terbuka
Kemudian, hantaran Izara tersebut mendapat perhatian individu berkenaan dan dia membuat permohonan maaf secara terbuka.
Hi Izara, saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai ‘tweet’ saya yang di buat pada 19 Mac 2024.
Saya tidak berniat untuk menfitnah atau merosakkan reputasi anda. Tweet itu di tulis tanpa saya mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Saya dengan rendah diri meminta maaf.
Sekadar info, Izara dilihat sudah berhijab sejak tahun 2021 namun dia memilih untuk berdiam diri tentang penghijrahan berkenaan.
[ad_2]