[ad_1]
Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita yang tidak mendedahkan identiti berkongsi kisahnya kepada seorang pengguna di aplikasi X tentang masalah kesihatan yang dihidapinya sehingga mungkin boleh menjejaskan hubungannya dengan suami.
2 tahun kahwin tapi masih dara
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian tersebut, wanita yang berusia 26 tahun itu memberitahu dia sudah berkahwin tetapi apa yang mengejutkan ramai apabila dia mendedahkan masih dara meskipun usia perkahwinannya dengan suami sudah dua tahun.
Saya ada satu masalah dimana saya tak boleh tahan sakit. Sampai sekarang saya masih dara.
Saya kasihankan suami saya dah dua tahun menunggu. Setiap kali nak bersama, dan sampai dekat bahagian tersebut, saya tolak dia pakai kaki. Kadang-kadang nampak muka dia kecewa. Tapi suami selalu cakap tak apa, belum ada rezeki. Kita cuba lain kali. Saya dengan suami dan cuba macam-macam jenis lubricant tapi tak berjaya.
Bercerita dengan lebih lanjut, dia akui kasihan akan suaminya lebih-lebih lagi apabila melihat lelaki itu sangat akrab dan selesa bermain dengan kanak-kanak. Tambah wanita itu lagi, dia faham perasaan suaminya yang mahukan zuriat sendiri namun akui dia tidak mampu berbuat apa-apa.
Kadang-kadang saya sampai terfikir ada tak apa-apa ubat yang boleh buat saya khayal. Jadi saya tak ada terasa sakit. Saya kasihannya suami dia selalu bergurau dengan anak kawan kawan dia. Saya pun nak anak tapi saya buntu.
Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata wargamaya menasihati wanita terbabit supaya berjumpa dengan pakar kesihatan yang boleh membantu merawat sekaligus menyelesaikan masalahnya. Tidak kurang juga, ada yang berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka namun berjaya sembuh selepas mendapat khidmat dan bantuan daripada mereka yang pakar.
[ad_2]