[ad_1]
Pendedahan oleh suami kepada kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu tentang status kewangannya yang sudah muflis dan terdesak memerlukan pekerjaan telah mendapat perhatian ramai.
Sokongan isteri
Susulan itu, banyak pihak telah menawarkan peluang pekerjaan kepada Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red untuk dia melunaskan hutang dan memberi nafkah kepada kedua-dua isterinya serta anak-anak.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Adira juga dilihat menitipkan kata-kata semangat buat suaminya itu dan menyatakan sokongan penuh terhadap usaha yang dilakukannya.
Jujur, dia berani dan mahu berubah. Selagi dia mahu berusaha, jangan kita ‘down’ kan dia.
Kita bagi dia semangat. Orang mahu berusaha jadi kita sokong dia.
Dari dulu lagi saya sokong dia, kamu semua jangan risau.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Adira selain berharap agar rumah tangganya bersama suami dapat dipertahankan.
Awak ni isteri yang sangat baik Adira, semoga hingga ke jannah. Amin.
Moga ada sinar, kamu sahaja yang tahu isi hati. Kami semua sokong apa sahaja yang terbaik untuk kamu.
Betul, tetap sokong dia. Anak-anak ramai, rezeki untuk mereka juga kan.
Terdahulu, Adira dan Datuk Red gagal mencapai kata sepakat menerusi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung proses perceraian mereka.
Dalam prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu menceraikan isterinya manakala Adira tetap berpendirian untuk berpisah. Mahkamah kemudian menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.
Pada 25 Oktober lalu Adira memfailan perceraian kali kedua terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.
Untuk rekod, Adira bernikah dengan suaminya itu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayub, dua tahun.
Manakala isteri pertamanya, Datin Red turut memfailkan penceraian pada Januari lalu. Mereka juga dikurniakan lima orang cahaya mata sepanjang perkahwinan.
@sofieyyyy smoga baikbaik saje #adirasuhaimi #datored
? original sound – sofieyyyy – sofieyyyy
[ad_2]