Home Trending Azwan Ali Mahu Membersihkan Nama Baiknya, Menuntut Bayaran & Meminta Maaf secara Terbuka dari Penganjur

Azwan Ali Mahu Membersihkan Nama Baiknya, Menuntut Bayaran & Meminta Maaf secara Terbuka dari Penganjur

0
Azwan Ali Mahu Membersihkan Nama Baiknya, Menuntut Bayaran & Meminta Maaf secara Terbuka dari Penganjur

[ad_1]



Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA menuntut pihak penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 untuk membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi yang mencalarkan namanya, baru-baru ini.

Tuntut bayaran & permohonan maaf

Memetik laporan Harian Metro, Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali turut meminta pihak penganjur untuk memberikan bayaran yang setimpal terhadap penglibatannya sewaktu festival tersebut berlangsung.

Penganjur perlu bertanggungjawab membuat permohonan maaf serta mengemukakan bayaran lebih setimpal.

Apa yang berlaku, selepas pulang dari acara itu, saya tak pernah timbulkan isu bayaran walaupun sebenarnya, ia bukan nilai saya.

Saya tutup mata sebab mereka berkali-kali mengatakan, mereka tak ada bajet. Saya faham. Saya sanggup memandu sendiri ke Kedah seterusnya hadir di acara itu atas dasar persahabatan dengan Diva BB.

Tambah bekas pengacara Melodi, dia tidak teragak-agak akan membawa isu ini ke muka pengadilan sekiranya tidak ada jalan penyelesaian yang berlaku.

Terdahulu, tular satu video memaparkan Diva AA bersama beberapa orang lelaki menari di atas pentas pada festival tersebut.

Perbuatan mereka itu meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mengecam tindakan mereka tersebut yang dianggap sebagai tidak menghormati bulan Ramadan.

Pihak penganjur, Maju Kedah Resources kemudiannya mengakui kekhilafan pihak mereka dan tampil membuat permohonan maaf berhubung isu tersebut.

The following two tabs change content below.

[ad_2]