[ad_1]
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mempersoalkan kenyataan Aliff yang memaklumkan dirinya enggan melafazkan cerai kerana masih sayangkan dirinya.
Tidak patut buka aib
Ketika ditemui OhBulan, Bella berkata sekiranya benar Aliff masih sayang, dia tidak patut membuka aib dirinya bersama pelakon meningkat naik, Muaz Zabir sebelum ini.
Macam tadi dia cakap dia masih sayangkan saya dan anak-anak.
Kalau betul dia masih sayang, kenapa dia buka aib saya?”
Sedangkan saya simpan aib itu sampai ke mati.”
Bella berkata demikian seusai proses sebutan kedua sebutan cerai di Mahkamah Syariah Wilayaj Persekutuan pada Khamis.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini enggan memberikan sebarang komen mengenai persoalan adakah Aliff enggan melafazkan cerai kerana mahu melunaskan dendam kepadanya.
Wallahualam saya tak ada apa-apa komen mengenai perkara itu sebab kita tak tahu hati orang lain macam mana kan?”
Ketika ditanya adakah suaminya ada pulang ke rumah selepas kemelut yang berlaku, Bella memaklumkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan perkara tersebut kerana sedang sibuk menguruskan anak-anak.
Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.
Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.
Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.
Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
[ad_2]