Home Berita Polis menahan anggota mereka untuk membantu penyiasatan kes kemalangan yang berakibat kematian.

Polis menahan anggota mereka untuk membantu penyiasatan kes kemalangan yang berakibat kematian.

0
Polis menahan anggota mereka untuk membantu penyiasatan kes kemalangan yang berakibat kematian.

[ad_1]

Seorang anggota polis ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan maut seorang penunggang motosikal berusia 18 tahun di Jalan Gangsa-Kesang, Durian Tunggal di Melaka pada awal pagi, Rabu lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun dari Balai Polis Durian Tunggal itu ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira 9 pagi tadi.

“Polis masih dalam proses merakam percakapan anggota terbabit dan maklumat awal mendapati ketika kejadian, anggota berkenaan memandu kenderaan polis bersendirian sebelum beberapa anggota lain tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata anggota polis terbabit yang berkhidmat di IPD Alor Gajah sejak November 2021 sedang melakukan rondaan cegah lumba haram berdasarkan aduan orang awam ketika kejadian itu.

Menurutnya sehingga kini, polis telah menerima enam laporan berkaitan kemalangan tersebut selain melakukan tiga rakaman percakapan melibatkan saksi dan ahli keluarga mangsa.

Zainol berkata ujian saringan air kencing ke atas anggota polis terbabit mendapati dia bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian serta polis akan memastikan siasatan kes terbabit dijalankan secara telus dan profesional.

Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Alor Gajah di talian 06-5563222 bagi membantu siasatan.

Semalam, media melaporkan seorang penunggang motosikal meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka selepas dipercayai merempuh kenderaan polis yang sedang menjalankan rondaan cegah lumba haram.

Mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang serius selain patah kaki dan peha dalam kejadian 2.56 pagi itu. 

[ad_2]