[ad_1]
Di TikTok, pelakon Saharul Ridzwan tampil menceritakan bagaimana dia boleh berkahwin dengan isteri tercinta, Deena Amir.
Doa nak kahwin
Ujar pemilik nama Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim, pada mulanya dia hanya mahu mengucapkan selamat hari jadi kepada isteri setelah beberapa tahun mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain.
Saya tak ingat lama sangat tu. Tapi rasanya dekat Facebook kot tapi yang bestnya cerita saya ini dengan wife adalah bila mana saya melamar dia. Saya ingat lagi waktu tu birthday dia 12 Januari, jadi malam tu kot saya terdetik hati nak mesej dia selepas beberapa tahun tak mesej tak call tak apa pun.
Sebelum itu, dia pun block (sekat) saya dan kami ada gaduh-gaduh sikit tapi malam itu saya rasa nak mesej dia saya cakap Happy Birthday.
Mengulas lebih lanjut, pelakon drama Tok Adi ini bertindak mengajak isterinya untuk berkahwin selepas mengetahui statusnya yang masih bujang ketika itu.
Lepas itu, dia balas saya macam tak apalah saya call. Bila saya call saya tanya awak dah kahwin ke belum? dan dia jawab belum. Tanya dah ada boyfriend ke belum? tak ada.
Saharul turut menceritakan dia hanya tahu akan doa yang diminta oleh Deena Amir selepas mereka selamat disatukan sebagai suami dan isteri.
Saya cakap dekat dia jom kita kahwin nak? Lepas itu dia letak telefon apa yang best sebenarnya sebelum dia angkat phone tu dia dengan kawan-kawan dia tengah sambut birthday dia. Lepas itu, kawan-kawan dia cakap disebabkan hari ini birthday dia, doa lah something.
So dia doa Ya Allah, Ya Tuhanku tahun ini bagilah aku kahwin. Dia amin je, yang call itu saya. Mungkin itu petunjuknya yang saya ini jodoh dia.
Video
@shahrulridzwan39 Tiada yang mustahil jika Allah berkehendak? #saharulridzwan #fyp #foryou #foryoupage #fypp #fypage
? original sound – shahrulridzwan – shahrulridzwan
[ad_2]