Home Trending Bantu Kami Sedikit, Janganlah Menjatuhkan Ekonomi Mereka – Ustaz Azhar Idrus [VIDEO]

Bantu Kami Sedikit, Janganlah Menjatuhkan Ekonomi Mereka – Ustaz Azhar Idrus [VIDEO]

0
Bantu Kami Sedikit, Janganlah Menjatuhkan Ekonomi Mereka – Ustaz Azhar Idrus [VIDEO]

[ad_1]



ustaz azhar

Isu boikot kembali hangat diperkatakan selepas serangan tentera Israel terhadap saudara Islam di Palestin makin mengganas.

Bagaimanapun, tidak semua individu memilih untuk

Hukum boikot

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menerangkan tentang hukum tidak menyokong barangan yang diboikot.

Menurut pendakwah berusia 60 tahun itu, dia menjelaskan bahawa terdapat barangan atau makanan yang wajib diboikot selamanya. Sebagai contoh ialah seperti daging khinzir.

Ada benda yang wajib kita boikot sampai mati. Contohnya makanan yang haram, itu memang wajib kita boikot. Itu bukan kena tunggu perang Palestin.

Kita orang beriman, wajib makan makanan yang halal.

‘Wahai manusia kamu duduk di bumi Allah, maka makanlah makanan yang halal dan bersih.’

Walau bagaimanapun, ada juga barangan yang halal tetapi perlu diboikot jika hasil pembelian tersebut digunakan untuk tujuan menzalimi saudara sesama Islam di Palestin.

Ada benda yang halal tapi dengan fatwa dan perintah Ulul Azmi, maka kita kena akur untuk boikot.

Taat kepada Allah, Rasul dan termasuk Ulul Amri serta ulamak-ulamak feqah yang mengatakan bahawa kalau kita masih lagi membeli produk tersebut sedangkan syarikat itu memberi sumbangan membeli senjata untuk membunuh, maka perlu boikot.

Contohnya, kedai depan rumah kita sokong pembunuh untuk bunuh keluarga kita, adakah kita beli barang di kedai itu?

Sama jugalah kalau syarikat-syarikat yang beri sumbangan untuk beli peluru, bunuh saudara kita di sana. Kenapa kita tak boikot?

Bagaimanapun, berbeza pula situasinya jika barangan tersebut merupakan keperluan hidup.

Ulama kata benda itu kalau ada keperluan iaitu kalau kita boikot dan ia menjadi kesusahan..itu adalah berbeza. Contohnya seperti minyak petrol.

Sementara itu, Ustaz Azhar turut menyeru agar gerakan tersebut terus dilakukan oleh umat Islam meskipun tidak semua jenama mampu diboikot.

Kita tak mampu nak buat semua, jangan tak buat langsung. Tolonglah sedikit, sekurang-kurangnya kita dapat boikot dan merendahkan ekonomi mereka.

Berikan sedikit sumbangan dengan tidak bermuamalat untuk memajukan ekonomi orang-orang yang memberi sumbangan untuk membunuh saudara mara kita.

Terdahulu, susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin di serang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.

Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Mereka meluahkan rasa kecewa berikutan ramai artis tempatan yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.

Warganet juga dilihat kesal berikutan selebriti-selebriti tersebut didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.

@itsmelieza1234

Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat buat kita semua.??#sharingiscaring #fyp? #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #ilmubermanfaat #pengetahuan #ilmu #belajar #hukum #sayangkeranaallah #istiqomah

? Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE

The following two tabs change content below.

[ad_2]