Home Trending Usahawan Kek Mempersembahkan 3,000 Biji ‘Congo Bar’ Sebagai Hadiah Khas Sempena Hari Guru, Ibu & Jururawat Sepanjang Bulan Mei [VIDEO]

Usahawan Kek Mempersembahkan 3,000 Biji ‘Congo Bar’ Sebagai Hadiah Khas Sempena Hari Guru, Ibu & Jururawat Sepanjang Bulan Mei [VIDEO]

0
Usahawan Kek Mempersembahkan 3,000 Biji ‘Congo Bar’ Sebagai Hadiah Khas Sempena Hari Guru, Ibu & Jururawat Sepanjang Bulan Mei [VIDEO]

[ad_1]



Mamasab Bakery

Jenama kek terkenal, Mamasab Bakery menghadiahkan sebanyak 3,000 biji kek kepada penerima bertuah bersempena meraikan tiga hari bermakna sepanjang bulan Mei ini.

3,000 kek percuma

Mamasab Bakery

Pengasas Mamasab Bakery, Siti Noor Sabrina Soobri berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah bersempena kempen hari ibu, hari guru dan hari jururawat.

Jelas Sabrina atau mesra dengan sapaan Mamasab, antara penerima bertuah yang layak adalah terdiri dari golongan ibu, para guru dan jururawat.

Ini adalah program kempen pertama yang kami lakukan untuk meraikan para ibu, guru dan jururawat yang menyokong kami sejak awal lagi.

Selain itu, ia juga untuk meraikan para ejen kami dengan aktiviti sosial sebegini dalam menggerakkan momentum kearah lebih aktif.

Sabrina berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis bertemu bersama media di bangunan Mamasab Bakery HQ yang terletak di Petaling Jaya, pada Khamis.

Gembirakan golongan wanita

Mamasab Bakery

Melanjutkan bicara, ibu kepada empat cahaya mata itu berkata program CSR yang dilakukan ini secara tidak langsung memberikan kegembiraan dan menceriakan terutama golongan wanita.

Kata Sabrina, pihaknya telah mengeluarkan kos lebih daripada RM160,000 bagi menjayakan kempen tersebut.

Kita hadiahkan 3,000 biji kek jenis congo bar dan hebahkan keseluruhannya secara dalam talian.

Saya tidak menyangka sambutan dari orang ramai amat luar biasa, mereka memohon dengan mengisi borang secara online dan pihak kami akan meneliti permohonan dan terus membuat penghantaran melalui kurier.

Kami membelanjankan hampir RM164,700 untuk kampen ini, namun kos itu tidak termasuk dengan kurier. Jika ditambah, kosnya lebih tinggi.

Alhamdulillah, bukan sahaja ada yang memohon kek percuma namun turut membeli kek dan ini sekali gus meningkatkan promosi dan jualan.

Dalam pada itu, Sabrina berkata Mamasab Bakery akan menghadiahkan 1,000 biji kek lagi menjelang sambutan hari bapa pada bulan Jun nanti.

Sementara itu, Mamasab turut menyasarkan pembukaan 300 cawangan mini dan peningkatan 100 orang master stokis serta 20,000 ejen jualan seluruh Malaysia.

Video

@mamasabbakeryofficial_ HQ MAMASAB dah start buat postage! Yeayyy ?? Setiap hari HQ MAMASAB akan pilih pemenang bertuah Jom hebahkan lagi kempen #3000kekpercumamamasab ? original sound – Mamasab Bakery HQ

The following two tabs change content below.

[ad_2]