Home Trending Sokongan dan Sumbangan Saya Tetap Diberikan Tanpa Perlu Ditunjukkan – Meerqeen

Sokongan dan Sumbangan Saya Tetap Diberikan Tanpa Perlu Ditunjukkan – Meerqeen

0
Sokongan dan Sumbangan Saya Tetap Diberikan Tanpa Perlu Ditunjukkan – Meerqeen

[ad_1]



Pelakon Meerqeen beranggapan tiada keperluan untuk dirinya menguar-uarkan sumbangan yang telah dibuat kepada Palestin selama ini.

‘Saya tetap sokong Palestin dan beri sumbangan’

Ketika ditemui di sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Khamis, Meerqeen atau nama lengkapnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata, dia tetap dengan pendiriannya dengan memberi sepenuh sokongan kepada Palestin.

Mungkin siapa yang tak ikut saya, tak tahu apa saya buat selama ini. Saya tetap sokong Palestin dan beri sumbangan. Buat apa saya hendak menunjuk-nunjuk.

Kadang-kadang sebagai manusia kita sibuk dengan kerja dan tak tengok telefon bimbit. Tapi, apapun pengikut saya tahu apa pegangan saya dalam isu Palestin-Israel ini.

Meskipun namanya tersenarai dalam gerakan Blockout 2024 kerana terbabit dengan jenama pro-Israel, tetapi pelakon berusia 23 itu berpendapat adalah satu tanggungjawab bagi orang Islam untuk menyokong dan memberi sumbangan kepada saudara Islam di negara berkenaan.

Kita rakyat Malaysia perlu sokong Palestin dan pada saya… tiada Melayu Islam yang menyokong Israel. Saya minta maaf sekiranya perkara ini membuatkan segelintir pihak tidak senang.

Sejak 2022 saya bersuara mengenai isu Palestin dan selalu berkongsi dalam media sosial. Saya juga menyumbang untuk saudara Islam di Palestin.

Dalam pada itu, Meerqeen menjelaskan dia hanya mahu fokus terhadap karier dan tidak mahu isu boikot itu memberi kesan kepada prestasinya sebagai seorang pelakon.

Saya fokus kepada kerja dan tak mahu ada perkara lain mengacau prestasi saya. Saya memilih untuk teruskan seperti biasa sebab tahu apa perlu dibuat untuk saudara Islam di sana.

Nasihat saya kepada sesiapa yang ada duit lebih hulurkan sumbangan kepada Palestin. Bila ada duit lebih saya juga akan asingkan untuk Palestin. Saya tak mahu cakap mengenai perkara ini kerana ia antara saya dan keluarga.

Mengulas mengenai kontrak bersama jenama pro-Israel, Meerqeen emaklumkan perkara berkenaan masih dalam perbincangan bersama pihak pengurusan.

Kontrak masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan kerana ada beberapa kontrak yang saya masih lihat lagi.

Sebelum ini, wujud gerakan Blockout 2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Selain Meerqeen, antara selebriti Malaysia yang tersenarai adalah Nadhir Nasar, Nabila Razali, Daiyan Trisha, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.

The following two tabs change content below.

[ad_2]