[ad_1]
Pelakon Irma Hasmie menyorot perhatian warganet apabila memuat naik petikan kata-kata ringkas (quote) tentang doa di media sosialnya.
Perkongsian Irma
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Irma atau nama penuhnya Irma Hasmie Ibrahim memuat naik sekeping foto dirinya yang mengenakan jubah dan niqab berwarna hitam.
Dalam pada itu, aktres berusia 42 tahun tersebut turut berkongsi doa tentang kesabaran dan keikhlasan.
Ya Allah, peluklah aku hingga hatiku boleh merasa tenang dan damai. Hilangkanlah tangisku sehingga aku boleh merasa sabar dan ikhlas, kerana sabar dan ikhlas adalah satu-satunya ketulusan yang luar biasa. – Moch. Fatkhi Mubarok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Irma diberi kekuatan dalam setiap ujian yang dilaluinya.
Ya Allah berikanlah Irma kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Moga Allah kabulkan segala doa yang baik-baik buat mu.
Semoga tabah menghadapi ujian, Allah sentiasa bersama mu. Awak seorang ibu yang hebat.
Terdahulu, status rumah tangga Irma akhirnya terjawab apabila pelakon itu disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Redza Syah Azmeer sejak enam bulan lalu.
Redza kemudian tampil membuat penjelasan setelah timbul pelbagai spekulasi dan dakwaan berhubung perceraian mereka selepas dia memuat naik foto perkahwinan bersama seorang wanita.
Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
[ad_2]