[ad_1]
Penyanyi dan komposer, Amir Jahari akui terkejut menerima berita pemergian rakannya yang juga penyanyi, Nabil Zamanhuri, 37, akibat serangan jantung, pada pagi Ahad.
Seorang rakan yang baik
Menerusi hantaran di Instagram, Amir, 31, menyifatkan Nabil seorang rakan yang baik dan sentiasa menyokong karier seninya.
Malah, Amir memberitahu mereka saling meminati antara satu sama lain sejak masing-masing mula berkecimpung dalam industri.
Terkejut dapat perkabaran duka pagi tadi. Rasa macam tak percaya. Aku jarang-jarang senang berkawan, tapi arwahh antara yang aku senang nak duduk berborak. Baik sangat orangnya.
Bila ingat balik pertama kali jumpa, kelakar bila dia kata dia minat aku, minat karya-karya aku. Lama dah minat baru jumpa. Aku dengan excited call my wife bagitahu sambil gelak-gelak sebab sebelum jumpa itu memang aku ada bagitau aku excited nak jumpa Nabil.
Dia tak tahu, aku minat dia dari aku sekolah. Lagu dia aku hafal. Jaranglah aku hafal lagu Melayu. Tapi lagu dia antara yang aku hafal. Sempat jamming masa kat Kamar Seni. Aku buatkan dia satu lagu “Kenangan Lama” untuk drama Ijab Kabut.
Tambah Amir, dia memohon doa kepada Ilahi agar roh arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman.
Last dia whatsapp aku, “Congrats Champion! Well deserved brother” sebelum tu dia memang excited aku dapat AJL38. Dia kata dekat aku, “bagi aku, kau dah menang dah. Hasrat memang lagu terbaik tahun ni”
Ya Allah, ampunilah dia, belas kasihanilah, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosanya.
Dia orang baik Ya Allah, permudahkanlah segala urusannya, urusan keluarganya. Moga keluarga, isteri dan anak-anaknya diberi ketabahan.
Terdahulu, dunia seni dikejutkan dengan berita penyanyi dan pengacara Nabil Nabil Zamanhuri yang meninggal dunia di kediamannya di Bukit Indah Ampang, akibat serangan jantung.
Nabil juga pernah menyertai pertandingan nyanyian Mentor musim pertama dan berjaya meyandang gelaran naib juara.
[ad_2]