65 murid di Sungai Petani mengalami keracunan makanan.

Shopee CNY Sale

Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dekat Sungai Petani dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Zubir Othman berkata kesemua murid tahun empat hingga enam itu dikatakan mengalami gejala sakit perut, muntah dan cirit-birit selepas makan kuetiau sup di kantin sekolah.

"Murid terbabit dikatakan makan kuetiau sup pada waktu rehat dan mula menunjukkan simptom keracunan kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

"Pihak sekolah kemudiannya menghubungi talian kecemasan MERS 999," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurutnya, tujuh orang murid dibawa ke Zon Kuning Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

MENARIK:  Raih Populariti Tanpa Perlu Mengutamakan Teguran Berdepan - Cuepacs

"Pihak sekolah telah menyediakan kelas khas untuk dijadikan lokasi rawatan awal oleh petugas hospital dan staf Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda.

"Kantin sekolah telah diarahkan tutup sementara selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya.


Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale