Alasan PM untuk Menolak Najib Jalani Tahanan Rumah, Menurut Puad

Shopee CNY Sale

Pandangan Anwar Ibrahim bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib Razak selepas kes 1MDB selesai merupakan alasan baru yang diberikan perdana menteri, kata Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, rakyat pasti akan berpendapat Anwar tidak mahu melaksanakan titah adendum bagi membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani tahanan rumah.

Dia berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar dalam satu wawancara dengan Bloomberg pada Forum Ekonomi di Qatar baru-baru ini.

"Kalau berita itu tepat bermakna ini alasan baru. Sebelum ini dikatakan titah adendum YDP Agong ke-16 dibuat di luar Mesyuarat Lembaga Pengampunan.

"Sudah pasti rakyat akan tuduh PMX tidak mahu tahanan dalam rumah untuk Najib dilaksanakan walaupun titah adendum itu wujud dan benar.

"Selepas ini akan ada lagi alasan lain digunakan. Tunggu selesai kes saman 1MDB, kes saman SRC, kes tunggakan LHDN RM1.6 Bilion dan lain lain. Biar Najib tunggu PRU 17-18 selesai,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Secara sinis, Mohd Puad mempersoalkan mengapa perdana menteri tidak mengeluarkan kenyataan tersebut sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

MENARIK:  Fadillah menyangkal adanya draf perjanjian peruntukan wakil rakyat pembangkang.

"Apa jadi kalau kenyataan ini dibuat sebelum hari mengundi PRK Kuala Kubu Bharu yang lalu? Pengundi Umno sahaja yang tahu," katanya.

Semalam, Anwar dilaporkan berpandangan Yang di-Pertuan Agong hanya patut mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib hanya selepas kes 1MDB selesai.

Menegaskan dia tidak akan sesekali mengenepikan kuasa Agong, Anwar berkata syornya itu hanya akan dikemukakan jika diminta oleh baginda.

“Jika Agong meminta nasihat saya, saya akan berkata, Tuanku, lalui proses itu,” katanya semasa wawancara dengan Bloomberg di Forum Ekonomi Qatar kelmarin.

Anwar dalam wawancara itu menekankan tentang kepentingan melalui proses sewajarnya dengan memetik keputusan Agong sebelum ini mengurangkan hukuman Najib.

Katanya dia turut menasihatkan Agong melayan permohonan Najib seperti mana-mana rakyat biasa yang merayu kepada Lembaga Pengampunan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mempersoalkan sama ada perdana menteri mahu akur ataupun tidak terhadap titah Agong.

"Jadi titah yang dikeluarkan oleh YDPA sebelum ini tak nak akur ke?" tulisnya di Facebook.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale