Astana solat lebih kompak untuk tingkatkan pahala – Mufti P Pinang

Shopee CNY Sale

Umat Islam dituntut merapatkan saf ketika menunaikan solat berjemaah termasuk solat sunat tarawih supaya mendapat ganjaran pahala berlipat ganda, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata tuntutan itu tidak wajar diabaikan kecuali dalam keadaan terpaksa termasuk mengelak jangkitan penyakit seperti ketika COVID-19 melanda dunia sebelum ini.

"Contoh kejahilan yang merugikan antara lain adalah kedudukan saf yang tidak sama ketika menunaikan solat berjemaah, sedangkan saf yang betul amat dituntut di dalam solat berjemaah sama ada fardu atau sunat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas mengenai tular gambar saf wanita yang mengikuti solat tarawih dalam keadaan lompong dan terputus saf.

MENARIK:  Menjana pengubahsuaian kolam takungan banjir Kg Bohol

Menurutnya terdapat beberapa hadis yang memerintahkan umat Islam merapatkan saf ketika solat berjemaah, justeru terdapat ulama yang berpandangan perbuatan itu adalah wajib.

Bagaimanapun, Wan Salim berkata jumhur ulama berpendapat tindakan ini sunat manakala meninggalkannya adalah makruh.

“Ini kerana dalam hadis dinyatakan bahawa menyamakan saf adalah termasuk di dalam kesempurnaan solat tetapi tidak membatalkannya,” katanya.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale