Bilangan mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 418 individu.

Shopee CNY Sale

Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus mencatatkan peningkatan dengan 418 orang daripada 107 keluarga dilaporkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini berbanding 402 orang daripada 106 keluarga pagi tadi.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga PPS di selatan negeri.

“PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 184 orang, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (174) dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru (60),” menurut laporan itu.

JPBN turut memaklumkan PPS Dewan Kampung Segong, Bau telah ditutup sepenuhnya pada 8.30 pagi tadi.

MENARIK:  Kanak-kanak di Perlis yang solat subuh berjemaah di masjid akan menerima RM3 setiap orang.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini pada pagi dan malam esok diramalkan hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale