BNM menolak dakwaan bahawa Ringgit telah jatuh kepada paras 6.24 berbanding Dolar.

Shopee CNY Sale

Bank Negara menafikan Ringgit jatuh ke paras 6.24 berbanding Dolar AS semalam.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata angka itu disebabkan data kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat yang diterbitkan oleh Google.

"Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menjelaskan tentang data kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat, termasuk kadar USD/MYR, yang diterbitkan oleh Google pada 5 Februari 2024.

"Bagi USD/MYR, kadar pertukaran yang tidak tepat iaitu 6.24 telah dicatatkan melalui Google.

“Bagaimanapun, julat perdagangan tinggi dan rendah bagi USD/MYR yang dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi Ringgit adalah antara 4.7480 dan 4.7630 pada 5 Februari, seperti yang disiarkan di laman web BNM,” kata kenyataan itu.

MENARIK:  Penyebaran Foto Suspek Tembakan di KLIA Menuju Pintu Masuk Negara

Bank Negara juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mengelak daripada menggunakan sumber yang tidak disahkan sebagai rujukan untuk data pertukaran ringgit.

Semalam, media sosial kecoh apabila Ringgit didakwa menjunam ke paras terendah terbaru berbanding Dolar AS.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale