Cadangkan pembentukan kerangka kawal selia untuk mengawal penggunaan AI dan mencegah penyalahgunaan.

Shopee CNY Sale

Kerajaan disaran mewujudkan satu kerangka kawal selia yang lebih holistik bagi mengawal penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) Mediha Mahmood berkata hal ini kerana penggunaan teknologi terbabit merupakan platfrom terbaharu yang digunakan oleh masyarakat ketika ini.

"Jika tidak ada undang-undang...kita gubal undang-undang, peraturan atau kod etika sepatutnya bagi mengelakkan penggunaan teknologi ini disalah guna sekali gus memberi kesan kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Program Wacana Forum Kandungan Kreatif Teknologi AI Dalam Seni Visual Di Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok, hari ini.

Mengulas lanjut, Mediha berkata dibawah CMCF sendiri kod kandungan penggunaan AI yang terbaharu dikemaskini pada tahun 2022.

MENARIK:  Keadilan dalam Tahanan Rumah: Memberikan kepada Narapidana Lain, bukan Najib - Gerakan Bersih

"Dalam kod kandungan itu, kita (CMCF) juga ada tanggungjawab untuk menghasilkan garis panduan untuk penggunaan AI, pempengaruh dan semua benda yang ada dalam teknologi boleh ditambah baik.

"Sekiranya melibatkan undang-undang sedia ada seperti hak cipta, iklan palsu dan iklan mengelirukan, undang-undang telah ada untuk tindakan diambil," katanya.



Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale