Desakan untuk Kerajaan Selangor Berhenti Pembersihan Tanah di Bukit Lagong

Shopee CNY Sale

Parti Hijau Malaysia hari ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengarahkan pemberhentian dua kerja pembersihan tanah di Selayang dan Rawang, yang disyaki dikaitkan dengan rancangan membuka kuari baru di Hutan Simpan Bukit Lagong.

Dalam satu kenyataan, setiausaha pro-temnya Abdul Razak Ismail mendakwa aktiviti pembersihan tanah itu melibatkan kawasan yang luas di hutan simpan.

“Parti Hijau menggesa Jamaliah Jamaluddin, Ahli Exco Alam Sekitar, Perubahan Iklim, Teknologi Hijau Kerajaan Selangor segera mengarahkan pemberhentian kerja-kerja pembersihan kawasan yang dipercayai pembukaan kuari yang baru di Hutan Simpan Bukit Lagong, di dua lokasi sekitar kawasan Matang Pagar, Selayang dan kawasan perkampungan Orang Asli di Ulu Kuang, Rawang, Selangor," katanya.

Razak turut meluahkan kekecewaannya terhadap insiden yang didakwa itu, berkata percubaan untuk membuka kuari baru itu telah dihentikan pada 2023 selepas rancangan itu didedahkan kepada umum pada tahun sebelumnya.

Setiausaha pro-tem Parti Hijau Abdul Razak Ismail

Aktivis itu berkata dia juga telah membuat dua laporan kepada SPRM tahun lepas tetapi tidak ada sebarang maklumat terkini sejak itu.

MENARIK:  IGP: Taib Mahmud sedang berada di Kuala Lumpur dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta

"Sepanjang tahun 2023, keadaan menjadi senyap dan tenang tanpa sebarang aktiviti dikesani di hutan simpan ini tetapi diawal tahun 2024 telah kelihatan kerja-kerja pembersihan dijalankan di kawasan hutan ini.

"Kita juga kurang pasti sama ada pihak yang melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan hutan simpan ini ada mendapatkan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan tersebut.

"Lantaran itu Parti Hijau menggesa Jamaliah segera mengambil tindakan memandangkan Jamaliah pada Oktober 2023 mengumumkan bahawa Selangor mempunyai ‘High Standards’ untuk pemuliharaan alam sekitar di Selangor," katanya.

Antara syarikat terbabit termasuk tiga pemaju yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri Selangor.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale