Teo Kok Seong mempertahankan dakwaanya bahawa bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menjadi punca perpecahan kaum di negara ini yang mengundang desakan daripada Naib Pengerus DAP Teresa Kok, yang mahu polis menyiasat Felo Kanan Majlis Professor Negara (MPN) itu.
“Bagi saya apa yang saya katakan itu semuanya betul, ia realiti dalam perbualan sesama orang Cina,” tambahnya.
Dakwa Teo, perbualan dengan persepsi negatif mengenai masyarakat Melayu dan India adalah norma biasa di kalangan keturunan Cina di Malaysia, lebih-lebih lagi dengan kemunculan media sosial.
“Komen-komen mereka di media sosial, kebanyakkanya merendahkan orang Melayu,” kata bekas Felo Kanan Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.
Teo pertama kali menimbulkan isu berkenaan ketika temuramah bersama portal The Merdeka Times.
“Wartawan soal 'mengapa masalah (perkauman) masih wujud hari ini?' jadi saya hanya menyatakan kebenarannya.
“Salah satu punca adalah orang Cina memandang rendah terhadap orang Melayu
“Mereka enggan berintegrasi, mereka hanya mempelajari asas bahasa Melayu untuk lulus peperiksaan tetapi menolak untuk melakukan lebih daripada itu,” dakwanya.
Teo yang turut terlibat dalam Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, mendakwa malah masyarakat Melayu dan India sedar akan sentimen dalam kalangan komuniti Cina itu.
Dalam video TikTok hantaran Merdeka Times, professor itu mendakwa sekolah vernakular boleh menjadi tembok penghalang kepada perpaduan negara kerana pelajar Cina yang kurang cerdik hanya mampu menguasai bahasa Mandarin, yang membataskan perbualan dengan bangsa lain.
Teo yang lahir di Kelantan dan berdarah Peranakan mendakwa malah komunitinya turut menerima tempias diskriminasi daripada majoriti kaum Cina yang tidak berasimilisasi dengan budaya tempatan.
Pada masa yang sama, dia berkata komuniti Cina “Peranakan” juga memandang rendah terhadap komuniti Siam tempatan tetapi dia kemudiannya menyedari bahawa minoriti etnik itu lebih baik kerana status bumiputera mereka.
“Pandangan seperti itu terpahat dan ya, dia (Kok) dalam penafian," jelas Teo ketika mengulas kenyataan pemimpin DAP itu.
Tidak seperti negara jiran Indonesia dan Thailand dengan pentadbiran terdahulu yang memaksa proses asimilasi etnik Cina dengan majoriti, Teo berkata pemimpin Cina yang terkemuka di Malaysia secara konsisten menentang rancangan sedemikian.
“Kita (Malaysia) tak pilih asimilasi tapi intergrasi, hasilnya boleh dilihat hari ini,” tambahnya.
Sebaliknya, Teo berhujah bahawa minoriti Cina dan India di Malaysia yang memilih untuk mengasimilasi dengan budaya Melayu dan mencipta kumpulan sub-etnik sendiri termasuk masyarakat Baba Nyonya dan Cheti yang lebih diterima dengan baik oleh kaum majoriti.
“Walaupun orang Cina tolak asimilasi, namun kita boleh lihat bagaimana ia lebih baik untuk perpaduan rakyat,” tambahnya.
Dalam perbahasannya mengenai titah diraja di Parlimen semalam, Kok mengutuk kenyataan "perkauman dan putar belit” Teo yang dikatakan merosakkan hubungan antara komuniti Melayu dan Cina.