Home Berita Galakkan pengunjung dan peniaga bazar Ramadan untuk melakukan pembayaran tanpa tunai

Galakkan pengunjung dan peniaga bazar Ramadan untuk melakukan pembayaran tanpa tunai

0
Galakkan pengunjung dan peniaga bazar Ramadan untuk melakukan pembayaran tanpa tunai

[ad_1]

Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berharap lebih ramai pengunjung dan peniaga bazar Ramadan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai setiap kali melakukan transaksi jual beli makanan dan minuman.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata transaksi tanpa tunai bukan sahaja memudahkan urusan jual beli, malah mampu mengelakkan kejadian tidak diingini seperti jenayah penyeluk saku ketika berkunjung ke bazar Ramadan.

“Pembayaran menggunakan kod QR (tanpa tunai) saya rasa lebih selamat dan mudah. Mereka boleh lihat segala transaksi dilakukan bila-bila masa sahaja dan isu tukar duit tidak akan berlaku jika mereka bayar tanpa tunai.

“Malah isu penyeluk saku juga tidak akan berlaku sebab mereka bayar guna QR. Jadi saya harap pada masa akan datang lebih ramai rakyat Malaysia melakukan pembayaran menggunakan kod QR,” katanya.

Johari berkata demikian selepas merasmikan tapak Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Kewangan Pengguna untuk Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia (Maybank) Zolkefli Awang.

Pada program itu, Maybank menerusi kempen Scan & Pay turut memberikan diskaun sebanyak RM2 kepada pengunjung yang menggunakan aplikasi MAE ketika berbelanja di gerai terpilih dengan pembeli perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM10.

Selain daripada Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, promosi yang ditawarkan Maybank itu turut terpakai kepada pengunjung Bazar Ramadan Jalan Raja Uda, Melawati dan Desa Pandan.

Bagi peniaga yang menggunakan aplikasi MAE pula, mereka berpeluang memenangi RM500 sekiranya berjaya mendapatkan transaksi tertinggi sepanjang kempen berlangsung dari 12 Mac hingga 11 April ini.

[ad_2]