Hamzah dipertikaikan mengenai kelayakannya untuk bertanding jawatan presiden – Saifuddin

Shopee CNY Sale

Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Saifuddin Abdullah berkata tidak timbul isu sama ada Setiausaha Agung parti itu, Hamzah Zainudin layak bertanding sebagai presiden atau tidak.

Ini kerana, katanya, Hamzah tidak pernah menyatakan hasrat untuk menduduki jawatan nombor satu itu.

"Sepanjang pengetahuan saya, Datuk Seri Hamzah tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding melawan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu.

Saifuddin berkata demikian ketika menjawab dakwaan serta spekulasi tentang Hamzah yang dikatakan bersedia mencabar jawatan itu bagi menggantikan Muhyiddin.

Pada Nov lalu, Muhyiddin membuat pengumuman untuk tidak mempertahankan jawatan presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan parti itu, sebelum menarik balik keputusan tersebut keesokan harinya dengan memberi alasan isterinya meminta agar dia kekal memegang jawatan itu sekurang-kurangnya satu penggal lagi.

Ekoran itu, timbul desas desus mengatakan Hamzah bakal menjadi calon presiden seterusnya jika Muhyiddin berhasrat untuk berundur.

Tiada keperluan pinda perlembagan parti

Terdahulu portal FMT memetik sumber dalaman parti itu mendakwa Hamzah tidak layak bertanding pada pemilihan parti akan datang.

Ini kerana perlembagaan parti mensyaratkan hanya ahli yang telah menganggotai MPT sekurang-kurangnya dua penggal sahaja dibenarkan bertanding lima jawatan tertinggi parti.

MENARIK:  Cadangan Esscom untuk Menukar Nama dan Mengubah Warna Peta

Menurut sumber itu lagi, satu-satunya cara untuk membolehkan ahli parlimen Larut itu bertanding adalah dengan meminda perlembagaan parti.

Perkara itu turut disahkan seorang lagi ahli MPT, Razali Idris yang juga merupakan Ketua Penerangan Bersatu.

Razali mengesahkan mengenai syarat yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti namun enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, dia menyatakan tiada keperluan untuk meminda perlembagaan parti bagi tujuan tersebut.

"Betul (syarat dalam perlembagaan), tiada keperluan (untuk pinda perlembagaan)," katanya ringkas.

Dia turut bersetuju bahawa tidak pernah timbul sebarang isu mengenai hasrat Hamzah untuk bertanding jawatan berkenaan.

Hamzah dilantik menjadi Setiausaha Agung Bersatu pada Mac 2020 menggantikan Marzuki Yahya yang diberhentikan daripada jawatan tersebut.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale