IGP menyangkal tuduhan bahawa Dr M sedang disoal siasat seperti seorang penjenayah

Shopee CNY Sale

Kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai masyarakat India yang didakwa tidak setia kepada negara, dijangka dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa tiga hingga empat hari lagi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain .

"Semalam kita sudah ambil percakapan Tun Dr Mahathir dan siasatan diteruskan.

Dalam masa tiga hingga empat hari lagi, mungkin kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak AGC, selepas siasatan kita selesai," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Bahru hari ini.

Razarudin juga menafikan kenyataan bekas ahli parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.

"Pada pihak kita, kita teruskan siasatan dan dikatakan sebagai penjenayah...ini adalah siasatan polis, kita perlu lengkapkan siasatan kita, kalau kita tak lengkapkan (siasatan), kita seolah-olah (macam) berat sebelah.

"...Kita ambil percakapan (Tun Dr Mahathir) (kalau tidak) di Bukit Aman (dan) kita (juga) ambil di tempat (yang) sesuai (dan) yang Tun (Dr Mahathir) mohon,” katanya lagi.

Dr Mahathir Mohamad

Dia berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan bekas perdana menteri itu semalam mengenai dakwaan diperlakukan sebagai penjenayah kerana telah disoal siasat lebih daripada 10 kali sejak beberapa tahun lepas berikutan kenyataan dikeluarkannya.

MENARIK:  Pemandu yang mengakibatkan kematian warga Pakistan mengakui kesalahan mengambil dadah

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam satu temu bual bersama saluran TV satelit di India dipetik mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih "terikat" dengan negara asal mereka.

Kenyataannya mendapat reaksi dan kritikan pemimpin negara, politik serta aktivis termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengecam kenyataan Dr Mahathir serta menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, Razarudin menyaksikan upacara serah terima tugas antara Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, yang akan bersara wajib pada 28 Jan ini, kepada Ketua Polis Johor yang baru CP M Kumar.

-Bernama

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale