Home Berita Jangan Biarkan Konflik Israel-Iran Alihkan Perhatian dari Isu Gaza di Malaysia

Jangan Biarkan Konflik Israel-Iran Alihkan Perhatian dari Isu Gaza di Malaysia

0
Jangan Biarkan Konflik Israel-Iran Alihkan Perhatian dari Isu Gaza di Malaysia

[ad_1]

Malaysia mengingkatkan masyarakat antarabangsa agar tidak mengalihkan tumpuan kepada isu di Gaza berikutan konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran.

Israel melakukan serangan di Gaza sejak tujuh bulan lalu, menyaksikan 33,000 rakyat Palestin – kebanyakannya kanak-kanak dan adalah wanita terbunuh – manakala mereka yang masih hidup menghadapi kebuluran.

“Masyarakat antarabangsa tidak boleh melupakan objektif untuk memastikan kebebasan rakyat Palestin dan hak mereka ke atas tanah mereka sendiri,” kata Menteri Luar Mohamad Hasan dalam satu kenyataan hari ini.

“Sebarang gangguan daripada objektif ini adalah apa yang dimahukan Israel, iaitu mengalihkan perhatian masyarakat global daripada tindakan tidak berperikemanusiaan dan jahat tidak bermoral mereka di Palestin,” tambahnya.

Ketegangan memuncak berikutan serangan Iran ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap pengeboman rejim itu ke atas konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu yang menyaksikan tujuh anggota Pengawal Revolusi Iran terkorban.

Walaupun tidak ada korban daripada serangan Iran dilaporkan, namun tindakan itu boleh mengheret kepada situasi lebih buruk sekiranya Israel bertindak balas.

Mohamad berkata keadaan ini akan membawa kepada “kitaran keganasan yang tidak berkesudahan yang boleh memusnahkan rantau itu”.

“Kerajaan Malaysia menggesa pihak-pihak yang berkenaan untuk mengurangkan ketegangan dan mewujudkan keadaan yang diperlukan untuk menamatkan konflik ini dengan segera,” tambahnya.

Dia juga senada dengan gesaan setiausaha agung PBB Antonio Guterres agar peperangan dihentikan serta-merta.

Sementara itu, Wisma Putra berkata ia komited untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq.

Wisma Putra memaklumkan rakyat Malaysia di wilayah itu juga perlu bersedia menghadapi gangguan penerbangan dan merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya.

[ad_2]