[ad_1]
Wakil kepada Najib Razak mencabar mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pengurangan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu untuk berdebat secara terbuka berkaitan kes SRC International.
Perkara itu disuarakan menerusi satu hantaran di Facebook Najib hari ini, dengan cabaran itu ditujukan kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh secara khusus.
“Nampaknya ramai yang tidak faham fakta kes RM42 juta SRC International terhadap Najib atau mengikuti prosiding mahkamah secara rapat.
“Kami mengundang Ramkarpal untuk debat terbuka di televisyen bersama-sama wakil pihak kami, berkaitan sama ada Najib layak mendapat pengampunan bagi kes SRC atau tidak.
Jika Ramkarpal menolak, ‘pembenci’ lain seperti Tony Pua dan (Mohammed) Hanipa Maidin boleh menggantikannya,” kata wakil tersebut.
Dia turut membangkitkan Ramkarpal tiada sebab lagi untuk menolak cabaran itu memandangkan dia bukan lagi timbalan menteri.
Menurutnya lagi, debat itu boleh diadakan sekarang memandangkan perbincangan berkenaan kes SRC International tidak lagi membawa risiko sub judice atau menghina mahkamah.
Ramkarpal, Pua dan Hanipa sebelum ini mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman Najib dari penjara 12 tahun kepada enam tahun dan denda daripada RM120 juta kepada RM50 juta.
Ramkarpal dan Hanipa antara lain membangkitkan kenyataan seorang hakim ketika perbicaraan yang menyifatkan kes itu sebagai memalukan negara.
Bagaimanapun, wakil Najib itu mendakwa pihak yang mengkritik Najib mengabaikan dakwaan kejanggalan dalam perbicaraan yang menyebabkan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli ketika permohonan semakan Najib di Mahkamah Persekutuan, menyatakan dia berada dalam situasi yang tidak adil ketika proses rayuan dan wajar dibebaskan.
[Baca berita asal]
[ad_2]