Kaji semula kebenaran: Artikel yang mendakwa Teresa anti-Islam dinyatakan sebagai fitnah tetapi tersebar semula

Shopee CNY Sale

Catatan sebuah blog pada 2019, yang mendakwa ahli parlimen Seputeh Teresa Kok sebagai "anti Islam" masih tersebar di media sosial dan aplikasi pesanan segera, walaupun kandungan itu diputuskan berunsur fitnah oleh Mahkamah Tinggi pada 2020.

Awal bulan ini, perikatan pemeriksa fakta Malaysia JomCheck menerima permintaan untuk menyemak fakta daripada seorang pembaca, yang menerima artikel mendakwa Kok "anti-Islam" melalui WhatsApp.

Semakan Jomcheck mendapati Kok pada tahun 2020 menang saman fitnah ke atas seorang pemimpin PAS Selangor Syarhan Humaizi Abdul Halim, yang telah menyiarkan dua artikel - termasuk yang dihantar kepada Jomcheck.

Hakim pada masa itu berkata pemimpin PAS itu telah memfitnah Kok dengan menyiarkan artikel tersebut di laman Facebooknya dan memerintahkan bayaran ganti rugi sebanyak RM80,000 dberikan kepada Kok.

Walaupun mahkamah telah membuat keputusan, artikel itu masih boleh diakses dengan mudah di laman web Wangsa Daily dan Malaysia Today.

Wangsa Daily mendakwa sebagai blog yang menyiarkan berita politik manakala Malaysia Today adalah laman web yang dikendalikan penulis blog yang dikehendaki pihak berkuasa, Raja Petra Kamarudin.

Wangsa Daily menerbitkan artikel itu pada 17 Jan 2019 dan memautnya kembali ke Malaysia Today, yang menerbitkannya lima hari sebelumnya. Kedua-dua laman web itu menyatakan blogger Abu Leman sebagai sumber asal.

Tular semula di media sosial

Versi Malaysia Today telah dikongsi sekurang-kurangnya 46,000 kali di media sosial.

Walaupun artikel yang mendakwa Kok sebagai anti-Islam adalah catatan paling banyak dibaca di Wangsa Daily, dan mesej WhatsApp yang tular memautkan kembali ke Wangsa Daily, namun blog itu tidak menyiarkan sebarang kandungan baru sejak 2020.

MENARIK:  Pembedahan berjaya, Mohd Na'im boleh pulang ke rumah

Bagaimanapun, di bar sisinya, blog itu mempromosikan laman Facebook ‘Gegar Rakyat’ yang aktif sehingga Ogos 2022, apabila ia menganjurkan perbincangan secara langsung dengan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, kemungkinan artikel berkenaan pertama kali diterbitkan sebelum itu kerana terdapat versi terdahulu yang disiarkan di media sosial.

Pengarang didenda kerana sebar maklumat palsu

Artikel itu nampaknya tersebar semula, dengan hantaran media sosial mengenainya muncul bulan ini.

Abu Leman, yang disebut Wangsa Daily dan Malaysia Today sebagai pengarang artikel itu, didenda RM10,000 pada Feb 2022 atas dua pertuduhan menyebarkan maklumat palsu, dalam dua hantaran yang tidak berkaitan.

harian Metro melaporkam Abu Leman adalah nama pena kepada Abdul Rahman Abdollah, seorang pemandu e-hailing. Blog Abu Leman dan laman Facebook tidak lagi boleh diakses.


Melalui JomCheck, rakyat Malaysia boleh mengemukakan permintaan untuk menyemak sesuatu fakta dengan menghantar mesej WhatsApp ke talian 017-477 6659 (WhatsApp sahaja) atau melalui pautan ini.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale