Kapal terus menjalankan misi penghantaran bantuan ke Gaza.

Shopee CNY Sale

Misi Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan walaupun tercetus konflik terbaru antara Israel dengan Iran, kata jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright.

Bagaimanapun Wright berkata tarikh akhir pelayaran tiga kapal yang terlibat dalam misi itu yang sebelum ini dijadualkan pada 21 April 2024 (Ahad ini) mungkin boleh berubah berdasarkan situasi dan keadaan semasa.

“(Pada masa ini) Kesemua kapal akan terus belayar mengikut perancangan asal (21 April) walaupun ini merupakan saat yang genting buat rantau ini,” katanya pada sidang media Freedom Flotilla Sails Again di Istanbul, Turkiye hari ini.

Bagaimanapun, dia berkata ini juga merupakan waktu yang genting bagi penduduk Gaza yang terus menerus berdepan kekejaman rejim Israel.

“Untuk itu misi ini akan tetap diteruskan namun segala penilaian risiko akan dilakukan semula bagi menentukan tarikh yang sesuai bagi memulakan pelayaran,” katanya lagi.

MENARIK:  Ops Bazar Ramadan unveils close to RM165,000 in compound fines

Wright berkata, beberapa penilaian lain juga akan dilakukan termasuk bahagian teknikal kapal sebelum satu tarikh pelayaran baru diumumkan kelak.

Terdahulu media melaporkan kapal yang akan terlibat dalam misi itu melibatkan satu kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.

Kapal-kapal itu akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk lapan buah ambulans.

-Bernama

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale