Home Berita Kerajaan Sabah bersedia untuk memastikan bekalan air mencukupi untuk menghadapi fenomena El Nino.

Kerajaan Sabah bersedia untuk memastikan bekalan air mencukupi untuk menghadapi fenomena El Nino.

0
Kerajaan Sabah bersedia untuk memastikan bekalan air mencukupi untuk menghadapi fenomena El Nino.

[ad_1]

Kerajaan Sabah akan menangani masalah air bagi memastikan penduduk di setiap kawasan mendapat bekalan air mencukupi, terutama ketika menghadapi fenomena El Nino atau cuaca panas dan kemarau ketika ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau turut memberikan komitmen untuk menyelesaikan isu bekalan air yang sering membelenggu penduduk negeri pada tahun ini, termasuk menaik taraf dan menambah baik loji rawatan di semua daerah.

“Kita banyak masalah air tidak terhasil, 60 peratus. Hal ini ekoran kemungkinan kecurian air dan paip di bawah tanah yang pecah. Kerajaan negeri akan menangani masalah ini.

“Kita (juga) mendapat bantuan daripada kerajaan pusat RM300 juta. Kita akan gunakannya (untuk menyelesaikan masalah air di Sabah). Jadi, jangan bimbang. Kita akan berusaha sedaya upaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman cawangan Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Kelmarin, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata jabatan dan agensi berkaitan diminta bersedia melaksana pemadaman kebakaran berskala besar dan operasi pembenihan awan bagi menghadapi keadaan cuaca panas dan kering serta fenomena El Nino pada masa ini.

[ad_2]