Laporan: Jawatan TYT Sarawak: Angkat Sumpah Tuan Yang Terutama pada 29 Jan

Shopee CNY Sale

Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak seterusnya masih belum diputuskan namun media melaporkan upacara angkat sumpah jawatan itu dijadualkan berlangsung pada 29 Jan.

Menurut laporan NST, masih tidak pasti jika istiadat angkat sumpah itu melibatkan pemangku TYT Mohamad Asfia Awang Nassar atau individu baru.

Memetik sumber yang rapat dengan Astana Sarawak, NST melaporkan satu mesyuarat khas berlangsung di dewan undangan negeri pagi ini, mungkin untuk membincangkan pelantikan TYT baru.

Sumber itu juga dipetik sebagai berkata mereka menyedari spekulasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan dilantik ke jawatan itu.

Bagaimanapun, sumber itu berkata Astana Sarawak masih "belum membuat keputusan" mengenai jawatan itu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah pula dipetik Astro Awani berkata bahawa tempoh perkhidmatan TYT Abdul Taib Mahmud akan berakhir pada 28 Feb.

"Dan ia terpulang kepada cadangan daripada kerajaan negeri dan Yang Di-Pertuan Agong untuk melanjutkan tempoh pemerintahan beliau atau tidak,” katanya.

Abdul Karim (gambar, bawah) juga enggan mengiyakan atau menafikan laporan Wan Junaidi mungkin menggantikan Taib untuk jawatan itu.

Menurutnya, sama ada khabar angin pelantikan Wan Junaidi sebagai TYT itu betul atau tidak, semua pihak perlu sabar menunggu.

“Bagi saya ini adalah semuanya ramalan-ramalan. Tetapi ramalan kadang-kadangnya betul, kadang-kadangnya tidak betul. Sama macam ramalan cuaca juga," katanya.

Spekulasi bertiup kencang Wan Junaidi sedang bersiap sedia untuk menyandang jawatan Yang di-Pertua Sarawak selepas ahli politik veteran berusia 78 tahun itu meletak jawatan sebagai speaker Dewan Negara.

Menurut laporan The Malaysian Insight, pemimpin Gabungan Parti Sarawak itu bakal menggantikan Taib sebagai TYT Sarawak kelapan.

Seorang pembantu kepada Wan Junaidi dilaporkan berkata bekas menteri itu mungkin mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Wan Junaidi masih belum menjawab desas-desus peletakan jawatannya.

Kerajaan mencalonkan Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara pada Jun tahun lepas, menggantikan Rais Yatim.

Wan Junaidi berkhidmat sebagai ahli parlimen selama tujuh penggal sejak 1990, sebelum memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusi Santubong pada pilihan raya umum ke-15 pada 2022.

MENARIK:  Tajuk semula: Mengabadikan Kesenangan dengan Baju Raya Baru

Sebelum ini, Wan Junaidi pernah memegang jawatan timbalan menteri dalam negeri, menteri sumber asli dan alam sekitar serta menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas parlimen dan undang-undang.

Fadillah kunci mulut

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

Fadillah, yang juga ketua whip GPS, dipetik Kosmo! Online berkata dia akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu pada masa yang sepatutnya.

"Tentang perkara itu (peletakan jawatan Wan Junaidi) jangan dulu.

“Tunggu nanti saya keluarkan kenyataan nanti. Buat masa sekarang belum lagi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Taib yang sebelum ini berada di Istanbul, Turkiye telah pulang ke Kuching malam tadi.

Abdul Karim berkata dia menyambut ketibaan Taib yang berusia 88 tahun itu di lapangan terbang malam tadi.

"Saya yang menyambut beliau di lapangan terbang dan saya nampak keadaannya (kesihatan) bertambah baik berbanding sebelum ini.

"Saya gembira melihat perkembangan terkini beliau sekembalinya dari luar negara," katanya seperti dipetik Harian Metro.

Taib telah berkhidmat sebagai TYT Sarawak selama tiga penggal, bermula pada 2014 selepas dia meletakkan jawatan sebagai ketua menteri.

Dia merupakan ketua menteri keempat Sarawak dan memegang jawatan itu selama 33 tahun selepas menggantikan bapa saudaranya Abdul Rahman Ya'kub pada 26 Mac 1981.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale