Lelaki Pukul Pemandu E-hailing di George Town: Polis Mengesan Insiden

Shopee CNY Sale

Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang bertindak memukul pemandu e-hailing sehingga menyebakan mangsa cedera dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Datuk Keramat di George Town, Pulau Pinang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa berusia 30-an tersebut mendapat tempahan untuk mengambil suspek yang juga pelanggan e-hailing bersama dua lagi wanita.

"Sebaik tiba di lokasi, suspek membuka pintu belakang kereta Perodua Ativa dipandu mangsa sebelum lelaki itu terbau alkohol sangat kuat dan seperti enggan masuk ke dalam kenderaan.

"Pemandu e-hailing itu memberitahu akan membatalkan tempahan sekiranya lelaki tersebut masih enggan menaiki kenderaan sebelum tiba-tiba suspek bertindak memukul mangsa berkali-kali dan mengoyakkan bajunya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata bagi mempertahankan diri, pemandu e-hailing itu bertindak menyembur serbuk lada ke arah suspek sebelum terus membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

MENARIK:  Anwar: Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 akan menjadi lebih inklusif

Katanya mangsa mengalami kecederaan pada bahu, leher, dada dan sakit di bahagian muka serta polis kini giat mengesan suspek dipercayai berusia 30-an dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale