Mahkamah tidak boleh mengadili apabila Kuasa Agong mengisytiharkan darurat.

Shopee CNY Sale

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya berkata meskipun pengisytiharan Darurat dilakukan oleh YDPA mengikut Perkara 150, Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan tidak bercanggah dengan struktur asas Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dibatalkan di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun peruntukan perlembagaan itu dari segi klausa penyingkiran akan dianggap sebagai ‘menutup pintu-pintu mahkamah’ kelihatan agak keras dan tidak adil, penyelesaiannya terletak kepada badan perundangan dan bukan mahkamah," katanya keputusan membabitkan saman pemula difailkan oleh peguam Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar.

Beliau turut menolak permohonan kerajaan untuk membatalkan saman Syed Iskandar terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang enggan bertindak atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk mengisytiharkan darurat.

MENARIK:  Lelaki Dibebaskan dari Pertuduhan Membakar 34 Motosikal Setelah Mahkamah Melepaskannya

Pada November 2020, Syed Iskandar yang memfailkan saman itu dengan menamakan kerajaan Malaysia dan 10 lagi sebagai defendan, memohon mahkamah memutuskan antara lain sama ada, berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, YDPA memiliki kuasa mutlak untuk mengisytiharkan darurat meskipun Perdana Menteri atau Kabinet menasihatkan sebaliknya.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale