Mangsa enggan panjangkan kes serangan oleh pengawal TMJ

Shopee CNY Sale

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa memaklumkan orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam membuat laporan polis kedua untuk menyatakan bahawa dia tidak mahu memanjangkan kes berkenaan.

Rusdi berkata, pemandu e-hailing berusia 46 tahun itu memfailkan laporan baru itu pada jam 9.59 malam tadi.

“Pengadu telah membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan dengan itu, Rusdi menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

Dalam kenyataannya, dia berkata, salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan dipercayai punca lelaki itu didakwa diserang pengiring pemangku Sultan Johor berkenaan.

“Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima satu laporan polis kira-kira jam 1 tengah harisemalam daripada pengadu yang merupakan seorang pemandu Grab dan mendakwa diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan.

MENARIK:  Bantuan Aidilfitri: Penjawat Awam terima RM500, Pesara terima RM250

“Kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan,” katanya.

Menurutnya, laporan pertama itu, sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pagi tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis membuka kertas siasatan setelah mangsa, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, membuat laporan polis.

Insiden tersebut tular media sosial sejak semalam.


Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale