Memo PN diselipkan di bawah pintu pejabat Zulkaferi

Shopee CNY Sale

Hajat sekumpulan penyokong PN untuk menyampaikan rasa marah dan kecewa mereka kepada Ahli Parlimen Tanjung Karang, Zulkaferi Hanapi, tidak kesampaian hari ini.

Berkumpul di hadapan pusat khidmat Zulkaferi seperti yang dirancang lebih awal, kira-kira 50 orang terbabit bagaimanapun gagal menyerahkan memorandum mereka.

Hal itu kerana pejabat berkenaan ditutup hari ini.

Batahanan aman serta penyerahan memorandum itu diketuai Timbalan Setiausaha PN Tanjong Karang, Adib Amat Mustakim, dan turut disertai sayap wanita (Srikandi) parti Bersatu.

Disebabkan pejabat pusat khidmat Zulkafperi tutup, kumpulan terbabit hanya bergambar di hadapan laluan masuk premis berkenaan sebelum memasukan memorandum bantahan melalui bahagian bawah pintu berkenaan.

Kata Adib mereka kecewa dengan tindakan Zulkaferi kerana sudah bekerja keras untuk memenangi PN di Tanjong Karang.

"Tapi oleh kerana hari ini pejabat (ahli parlimen) pun tak buka, jadi kita nak serahkan pun, keadaan pejabatnya tak buka," katanya ketika kepada pemberita di Tanjong Karang hari ini.

Zulkafperi menjadi wakil rakyat pembangkang terbaru mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Dia mengumumkan pendirian tersebut pada 24 Jan lalu.

Katanya sokongan tersebut dibuat tanpa sebarang paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjong Karang.

Dia bagaimanapun berikrar setia kepada Bersatu dan tidak akan bertindak meninggalkan parti itu.

Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor pula menyelar perkembangan tersebut dan menyalahkan keadaan sebagai punca ahli parlimen parti itu berpaling tadah.

Berharap tiada lagi ahli parlimen mengikut jejak Zulkaferi serta ahli parlimen lain yang lebih awal menyokong Anwar, Sanusi berkata, wakil rakyat pembangkang dibiarkan "kelaparan".

MENARIK:  Sejarah Serangan Balai Polis Sejak 1980

"Perkara sebegini berlaku sebab dia dibiar 'kelaparan' sehingga berlaku tekanan di kawasan.

"Orang tuntut macam-macam tapi dia tak ada kemampuan, jadi bila dia letih, terpaksalah (bertukar sokongan).

"Saya harap itu yang terakhirlah. Orang pun taklah gila semua atas dunia ni dah jadi wakil rakyat tak ada bajet, jadi tekanan kat dia," katanya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hari ini memberi bayangan akan ada sehingga 10 lagi ahli parlimen akan beralih angin menjelang akhir Feb depan.

Memorandum yang ‘diserahkan’ kepada Zulkaferi hari ini antara lain mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli parlimen terbabit memberi sokongan kepada Anwar.

Mereka juga mendesak agar Zulkafperi meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale