Menjaga Kedai KK Mart: Tolaklah tindakan zalim yang menggunakan nama agama

Shopee CNY Sale

Pihak yang masih mengapi-apikan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Mart perlu menghentikan perbuatan tersebut dengan segera, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin.

Katanya, masyarakat Muslim tidak sewajarnya berlaku zalim atas nama agama.

"Islam tidak menyuruh umatnya melakukan demikian. Saya rasa semua pihak telah mendapat isyarat bahawa isu stoking mengundang kemarahan umat Islam.

"Mesejnya sangat jelas. Sekarang bukan lagi masa untuk terus memainkan isu tersebut atas alasan memperjuang agama dan bangsa.

Menurut Azman, ketika ini isu berkenaan tidak perlu dipanjangkan lagi kerana pemilik KK Mart telah pun dituduh dan didakwa di mahkamah.

"Biarlah proses mahkamah tentukan. Selain itu, pengasas rantaian kedai serbaneka itu sudah beberapa kali telah memohon maaf kepada umat Islam.

"Tapi, saya percaya masih ada pihak cuba mengapi-apikan isu ini.

"Niatnya sudah jelas untuk menghuru-harakan keadaan dan perbalahan antara kaum dan agama. Ini masa untuk melangkah ke hadapan," katanya.

Mengulas lanjut, Azman berkata isu stoking berbeza dengan tindakan rakyat Malaysia memboikot barangan yang menyokong tentera Zionis.

Katanya dia sebagai orang Melayu memang marah dan kecewa dengan isu stoking ini namun apabila memikirkan tindakan telah diambil terhadap pemilik KK Mart, malah ahli perniagaan terbabit secara terbuka memohon maaf, ia wajar diredakan.

MENARIK:  Kedatangan Agong ke rumah terbuka Aidilfitri MB Johor

"Kita perlu melihat perkara ini dengan lebih mendalam. KK Mart ini sudah lama bertapak di Malaysia.

"Ini kali pertama isu sebegini bangkit. Dan saya percaya semua pihak setuju bahawa kesalahan itu adalah kesalahan tidak sengaja.

"Dia sudah dituduh di mahkamah. Jadi, kenapa masih ada pihak berkeras nak boikot? Siapa yang terkesan dengan pemboikotan ini? Anak kita (warga Malaysia) yang bekerja di KK Mart," katanya.

Untuk rekod, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh merupakan antara yang paling lantang mengecam KK Mart berikutan kontroversi itu.

Sejak itu, tiga cawangan kedai tersebut menjadi sasaran keganasan. Pada Sabtu lalu KK Mart di Kuantan menjadi mangsa kedua serangan bom buatan sendiri itu. Ia menyusuli serangan pertama yang direkodkan di Bidor, Perak pada 26 Mac lalu.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale