Menteri mengumumkan Jepun berhak membatalkan kad media

Shopee CNY Sale

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) berhak membatalkan kad perakuan media.

"Ya, (Japen) berhak batalkan kerana mereka merupakan badan yang mengeluarkan kad perakuan media,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kod etika wartawan di Kementerian Komunikasi, Putrajaya, hari ini.

Fahmi mengulas pertanyaan sama ada tindakan tersebut boleh dibuat bawah kod etika wartawan itu.

Sementara itu, Fahmi berkata Japen akan meneliti aduan serta isu yang melibatkan pematuhan etika kewartawanan.

Katanya kod etika itu menjadi garis panduan untuk memberi ataupun menarik balik kad perakuan media daripada wartawan dan pengamal media.

MENARIK:  Kabir Src: Ramkarpal dan Pua dihadapkan dengan cabaran debat oleh Kem Najib

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale