PAS mengingatkan kerajaan supaya tidak 'mengacau' silibus Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) milik parti itu selepas kabinet membuat keputusan untuk menyelaras sistem pendidikan prasekolah di negara ini.
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata parti itu akan memantau jika ada usaha dilakukan untuk menganggu gugat Pasti yang telah beroperasi sejak 1980-an.
Katanya institusi Pasti telah melalui proses perkembangannya tanpa sebarang masalah sejak ia ditubuhkan.
"Dalam konteks Pasti, jangan kacau. PAS sudah mengurus dengan baik sejak tahun 1980-an dan terus berkembang pesat tanpa masalah.
“Kita akan pantau jika ada sebarang usaha yang boleh mengganggu Pasti dan hala tuju sistem berkenaan juga perlu dilihat terlebih dahulu,” katanya seperti dipetik harakahdaily.
Pasti dilaporkan kini mempunyai 139,000 murid dengan 2,680 premis di seluruh negara membabitkan 9,002 guru.
Fahmi berkata jemaah menteri hari ini setuju berkenaan perkara itu bagi memastikan mutu pendidikan peringkat tadika.
"Dalam (mesyuarat) jemaah menteri hari ini, perdana menteri dan kabinet memutuskan sistem pendidikan tadika akan diselaraskan oleh KPM. Ini keputusan yang telah dibuat pada hari ini.
"Manakala ada beberapa aspek kurikulum, sebagai contoh (silibus) agama akan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"(Keputusan ini) untuk pastikan kualiti pendidikan dapat diselaraskan," katanya.