Home Berita PAS mengajak warga turun bersama dalam solidariti menentang cabaran terhadap enakmen syariah Kelantan esok.

PAS mengajak warga turun bersama dalam solidariti menentang cabaran terhadap enakmen syariah Kelantan esok.

0
PAS mengajak warga turun bersama dalam solidariti menentang cabaran terhadap enakmen syariah Kelantan esok.

[ad_1]

PAS menyeru orang ramai terutama penyokongnnya untuk turun bersolidariti bagi mempertahankan undang-undang syariah di Mahkamah Persekutuan esok.

Ini berikutan mahkamah tertinggi itu akan membuat keputusan berhubung cabaran undang-undang oleh peguam, Nik ELin Zurina terhadap 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, semua pihak yang faham dan bersimpati dengan isu ini perlu menyatakan pendirian mereka.

“Kita sebagai parti dan kerajaan Kelantan atau defendan atau responden dalam kes ini ada hak untuk menggerak ataupun mengajak orang ramai yang memahami isu ini dan simpati untuk keluar nyatakan pendirian esok,” katanya selepas mesyuarat ketua-ketua jawatankuasa portfolio Dewan Rakyat ke-15, Perikatan Nasional (PN) di pejabat Bersatu di Publika, Kuala Lumpur, hari ini.

[ad_2]