PAS menolak perpaduan dengan pihak yang ‘dianggap zalim’ secara terang-terangan

Shopee CNY Sale

Abdul Hadi Awang menegaskan partinya tetap beristiqamah bersama "Islam yang berkuasa" dan bukan sebaliknya yang dianggap sebagai "Islam sekular yang tidak berkuasa".

Kata Presiden PAS itu "Islam sekular" tersebut dicacatkan oleh penjajah dengan meninggalkan petunjuk Allah, seterusnya membawa akibat buruk yang dapat disaksikan sekarang.

Mengulas mengenai aspek perpaduan yang kini menjadi perbincangan, Abdul Hadi berkata, perkara itu dilihat penting sehingga menjadikan semua menguar-uarkan perpaduan.

“Allah menciptakan manusia menjadi satu umat walaupun terdiri daripada berbagai-bagai bangsa, berbeza kebolehan dan berlainan kemampuan kerana peranan masing-masing yang tidak sama.

"Namun begitu semua manusia bersatu dalam bermasyarakat dan bertamadun secara fitrah,” katanya dalam tulisan minda presiden bertajuk Perpaduan Berdasarkan Petunjuk Allah.

Walaupun Abdul Hadi tidak menyatakan secara jelas apa yang dirujuknya dalam catatan tersebut, ia mengingatkan sesetengah pihak kepada pendirian PN - termasuk PAS sebagai komponen - menolak idea Istana Negara mengenai pembentukan kerajaan perpaduan selepas PRU ke-15 lalu.

Ekoran kebuntuan daripada keputusan PRU berkenaan, tiada mana-mana pihak memperoleh majoriti mudah di Dewan Rakyat dan gagal membentuk kerajaan secara bersendirian.

Ia mendorong Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, menolak saranan tersebut.

Selepas ditolak, PH - sebagai parti yang memenangi kerusi terbanyak - akhirnya membentuk kerajaan bersama dengan BN sebelum turut disertai parti-parti lain di Sabah dan Sarawak.

MENARIK:  Keperluan Tindakan Tegas terhadap Kecuaian dalam Isu Stoking - Ikim

Abdul Hadi berkata PAS menolak perpaduan yang berbentuk sekular dan liberal yang didakwanya diwarisi daripada penjajah justeru ia diharamkan.

Langkah itu, katanya, tidak menjadikan PAS "degil" sebaliknya menjalankan kewajiban sebagai hamba Allah yang beriman serta mengikut perintah Tuhan.

“Kita menyaksikan dengan nyata kegagalan idealogi dan teori ciptaan manusia sedang berlaku.

“Masalahnya masih ramai yang tidak mahu menerima penyelesaian Islam yang ingin dikembalikan oleh PAS kerana masih tegar pegangannya kepada pelaksanaan yang gagal,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu juga mendakwa PAS tidak diberi peluang apabila mereka dihadapkan dengan banyak sekatan sehingga mencabuli konsep demokrasi.

Dia kemudian menjelaskan PAS tidak boleh "bersatu" dengan pihak lawan apabila menganggap mereka sebagai "nyata zalimnya."

“PAS tidak boleh bersatu dengan mereka yang nyata zalimnya bertindak secara terpilih dalam memerintah negara, kerana hukum nafsunya lawan bukannya mencari kawan,” katanya.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale