Pegawai kanan polis didakwa menerima rasuah RM1.25 juta untuk menyembunyikan kes

Shopee CNY Sale

Dua pegawai kanan polis didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.25 juta, bagi membantu menutup siasatan kes seorang ahli perniagaan membabitkan pembelian senjata api oleh warga Israel, bulan lepas.

Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ACP Chin Kiam Kong, 54, dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, JSJK Bukit Aman DSP Suhairon Abdullah, 42, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan terhadap mereka, selepas dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mereka didakwa bersama-sama sebagai Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia bersetuju menerima rasuah dan menerima rasuah wang tunai sebanyak RM1 juta daripada Khoo Zixian, 28, sebagai dorongan bagi membantu menutup siasatan jenayah ke atas lelaki itu berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 120 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Siasatan Perakaunan Forensik/ Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ, di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur, antara 12 hingga 1 tengah hari, 8 April dan di ruang letak kereta menara berkenaan, antara 4.29 hingga 4.40 petang.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. 

MENARIK:  Puad menyatakan Isham hanya menghibur dirinya sendiri.

Di mahkamah sama, Chin turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan lain iaitu bersetuju menerima rasuah dan menerima rasuah RM250,000, bagi membantu menutup siasatan jenayah ke atas Khoo yang membabitkan kesalahan komersial di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik, Menara KPJ di sini, pada 12.30 tengah hari, 18 April lepas dan di tempat letak kereta berbayar, menara berkenaan, antara 10.30 pagi hingga 1 tengah hari, 19 April.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir memohon jaminan RM100,000 bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sementara itu, peguam Jacky Loi mewakili Chin memohon jaminan RM20,000 kerana tertuduh telah berkhidmat dengan PDRM selama 29 tahun dan mempunyai empat orang anak yang mana seorang daripadanya masih belajar di luar negara dan memerlukan pasport bagi tujuan menghadiri sesi pertemuan bersama ibu bapa hujung Jun ini.

Peguam Ridha Abdah Subri mewakili Suhairon memohon jaminan RM15,000 kerana tertuduh sudah berkhidmat di PDRM lebih 20 tahun dan mempunyai tanggungan seorang isteri yang tidak bekerja dan empat orang anak serta bersetuju menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Hakim Azura Alwi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM40,000 masing-masing dengan seorang atau dua penjamin, serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.


Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale