Pelaksanaan Pembenihan Awan oleh Kerajaan, Bergantung pada Keadaan Cuaca Sekarang

Shopee CNY Sale

Kerajaan akan melaksanakan pembenihan awan susulan cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini, namun operasi itu bergantung kepada keadaan cuaca, awan dan angin.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat jemaaah menteri dan Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan.

Beliau berkata pembenihan awan akan dilakukan oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia mengikut garis panduan Jabatan Meteorologi.

“Hendak melaksanakan pembenihan awan bukan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja ia bergantung pada cuaca, awan dan angin yang bersesuaian serta faktor itu diambil kira,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Forum Profesional Anak Kelantan 2024 di Kota Bharu malam tadi.

Nik Nazmi berkata NADMA akan memantau rapat keempat-empat empangan yang menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal iaitu Empangan Sembrong Barat di Johor, Empangan Air Itam (Pulau Pinang) serta Empangan BS Padang Saga dan Empangan Malut di Kedah bagi memastikan bekalan dan paras air berada dalam keadaan terkawal.

MENARIK:  Malaysia Meningkat di Peringkat Indeks Persepsi Rasuah - Naik ke Posisi Ke-57 di Dunia

“Kita akan melihat tempat yang mana kritikal itu sekiranya sesuai untuk melaksanakan pembenihan awan,” katanya.

Menurutnya, MetMalaysia sebelum ini meramalkan bahawa musim panas akan reda dan negara akan memasuki musim peralihan monsun.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dilapor berkata kerajaan akan terus memantau paras air empangan di seluruh negara bagi memastikan bekalan air mencukupi berikutan cuaca panas dan kering yang melanda Malaysia ketika ini.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata secara keseluruhan, situasi takungan air di empangan masih terkawal dan boleh bertahan sekurang-kurangnya hingga tempoh 90 hari.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale