Semua individu yang menjalani hukuman penjara diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ini termasuk layanan kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Nordin Muhammad.
"Sesiapa sahaja yang menerima hukuman dilayan sama mengikut peraturan ditetapkan.
"Ini termasuklah kepada Najib yang sedang menerima hukuman di Penjara Kajang, beliau tetap tertakluk kepada peraturan dan Akta Penjara 1995," katanya yang dipetik oleh Sinar Harian, hari ini.
"Saya biasa nampak dia tak pakai baju banduan macam kita yang lain. Dia pakai biasa sahaja, macam duduk di rumah.
"Bukan pakai sut, tak adalah. Maksudnya dia pakai macam duduk di rumah, saya di situ pakai baju banduan.
"Memang dia istimewa sangat. Bukan (sekadar) istimewa, tapi istimewa sangat," katanya semasa wawancara pada 25 Mac lalu.
Wan Ji turut memberitahu bahawa Najib juga ditempatkan di "blok istimewa" sekaligus menolak spekulasi bahawa Najib sebenarnya tidak menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Wan Ji yang dibebaskan sepenuhnya pada 22 Mac lalu setelah beberapa bulan menjalani hukuman penjara ekoran sabitan kes hasutan yang dikaitkan dengan Sultan Selangor pada 2014 sebelum ini telah keluar penjara pada 1 Januari lalu melalui Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).
Mengulas lanjut, Nordin, berkata pihaknya tidak akan berkompromi jika terdapat pegawai atau anggota yang melanggar peraturan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya ada yang memberi layanan istimewa kepada mana-mana banduan.
"Soal ini kami di pihak penjara sama sekali tidak akan berkompromi, asas undang-undang kami sentiasa junjung tinggi," katanya lagi.
Najib dijatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).
Pada 2 Februari lalu, Lembaga Pengampunan membuat keputusan untuk mengurangkan hukuman tersebut kepada penjara enam tahun dan denda RM50 juta.
Dengan itu, Najib dijangka akan dibebaskan pada Ogos 2028. Bagaimanapun, dia boleh dibebaskan lebih awal atas "kelakuan baik" pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga dari tempoh hukuman penjara.