Pembangkang menyalahkan Fahmi sebagai jurucakap kerajaan

Shopee CNY Sale

Pemimpin Bersatu tampil membidas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang didakwa gagal berperanan sebagai jurucakap kerajaan perpaduan.

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris mempersoalkan apa yang dilakukan Fahmi sehingga media antarabangsa melaporkan tempoh penjara mantan perdana menteri Najib Razak bagi kesalahan rasuah dikurangkan daripada 12 kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan.

Razali Idris

"Ini menyusuli mesyuarat lembaga tersebut pada Isnin lalu, lapor sumber termasuk pegawai kanan kerajaan kepada Mediacorp.

"Inilah akibatnya apabila menteri komunikasi suka bercakap sebagai jurucakap kerajaan perpaduan Madani sehingga boleh dimanipulasikan pihak luar.

"Malahan sumber maklumat juga tidak diselaraskan kerana ada satu dua menteri kabinet dalam kerajaan perpaduan turut sibuk bercakap soal pengampunan Najib," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Najib Razak

Malah, ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan dia bukan sumber bagi laporan CNA.

“Tunggu kenyataan rasmi dan ikut. Kalau tidak timbul pelbagai reaksi.

“Kita perlu tunjuk profesionalisme,” katanya.

Sementara itu Razali mendakwa kegagalan berterusan kerajaan Anwar Ibrahim dalam soal kepengurusan komunikasi strategik dan ketidakupayaan menteri komunikasi itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dengan asyik menafikan.

MENARIK:  Reka Bentuk Saliran dari Sungai Sarawak ke Sungai Salak sebagai Penyelesaian Banjir di Kuching.

Katanya, tahap kerja yang sangat rendah dan tidak kompeten oleh Fahmi memberi kesan songsang terhadap imej, identiti dan reputasi Malaysia selaku negara yang bermaruah.

"Malahan sikap seolah-olah tidak cakna menteri komunikasi dalam kalangan media arus perdana dan portal berita dalam negara serta dikatanya tidak mempunyai hubungan baik dengan media asing memburukkan lagi keadaan berkenaan.

"Rakyat selalu terkeliru dengan peranan jurucakap komunikasi kerajaan perpaduan yang sepatutnya dilaksanakan setiausaha akhbar perdana menteri. Itu lagi tepat dan sahih," dakwanya lagi.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale