Pendedahan Kenyataan Sekolah Cina Menyebabkan Teresa Mendesak Siasatan ke Atas Teo Kok Seong

Shopee CNY Sale

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa pihak polis menyiasat ahli akademik, Teo Kok Seong berhubung rakaman video di TikTok yang mendakwa sekolah jenis kebangsaan Cina menyebarkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu.

Kok mempersoalkan mengapa Teo tidak disiasat dengan membandingkan siasatan polis terhadap pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Tony Pua.

"Saya dan ramai ahli-ahli berhormat di dewan ini belajar di sekolah cina. Kami tidak pernah diajar untuk memandang rendah orang Melayu.

"Kenyataan dari prof Teo Kok Seong ini memang memutarbalikkan fakta dan melaga-lagakan hubungan di antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina.

"Ini adalah hasutan. Kenapakah kenyataan yang rasis dan putarbelit ini tidak disiasat oleh PDRM?" katanya ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Menerusi video TikTok yang disiarkan Merdeka Times, Teo mendakwa sekolah vernakular menjadi penghalang kepada perpaduan negara.

Teo mendakwa 95 peratus anak-anak Cina dihantar ke sekolah vernakular Cina dan enggan berintegrasi dengan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti di negara ini.

Dia juga mendakwa ancaman utama terhadap keharmonian negara ialah keengganan orang bukan Melayu, khususnya kaum Cina, untuk berintegrasi kerana memandang rendah orang Melayu.

MENARIK:  RM131 juta peruntukan pembangunan sekolah agama dan masjid di Sabah

Sementara itu, Kok memetik jawapan bertulis parlimen daripada Kementerian Pendidikan berhubung bilangan pelajar Melayu dan etnik India di sekolah vernakular Cina.

"Mengikut jawapan parlimen Kementerian Pendidikan pada Nov 10 2020, ia menyatakan terdapat 15.33 peratus pelajar Melayu pada tahun 2020 dan peningkatan berbanding dengan 10 tahun yang sebelumnya adalah 6.18 peratus manakala pelajar India adalah 2.75 peratus pada tahun 2020.

"Dalam suasana yang multiracial dalam sekolah rendah Cina ini macam mana murid-murid Cina boleh memandang rendah dan menghina Melayu?" soalnya.

Memberikan contoh penyanyi Malaysia Shila Amzah yang popular di China menerusi lagu-lagunya dalam bahasa Mandarin, Kok berkata, orang Melayu yang belajar bahasa Mandarin mempunyai kelebihan yang membolehkan mereka bekerja di negara lain atau berniaga dengan China.

Bulan lalu polis menyiasat Tony Pua di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung catatan di Facebook kerana mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak.

Pada Disember tahun lalu, Lim Kit Siang disiasat berhubung kenyataannya berkaitan kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.



Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale