Penemuan mayat anak OCPD Lahad Datu dengan tanda darah

Shopee CNY Sale

Anak perempuan ketua polis daerah itu berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu

Anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Polis masih siasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa yang berusia 16 tahun merupakan satu-satunya individu yang menjumpai adiknya itu terbaring di dalam bilik selepas pulang dari sekolah.

MENARIK:  Muhyiddin: Mereka Semua Hipokrit dalam Penggunaan Kebebasan Bersuara

“Bapa mangsa pula ketika kejadian berada di Kinabatangan atas urusan pindah rumah kerana baru berpindah (ke Lahad Datu) setelah dinaikkan pangkat,” katanya.

Dzulbaharin dilantik sebagai KPD Lahad Datu pada 1 April lepas.

Razarudin juga berkata proses bedah siasat akan dijalankan pada 9 pagi esok dan pihaknya sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.

"Orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi selagi siasatan belum disiapkan," katanya.

Datuk M
Datuk Mhttps://murahviral.com
Budaya bersatu, menyatukan warna kehidupan, cerita, dan warisan yang memperkaya kepelbagaian insan manusiawi.

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale